Berita dan Artikel

  • JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI

    Oleh ibnu hazam dan alitantawi


    - Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi, al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.


    - Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah. Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik (179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).


  • JH-ASAS-002- NASIHAT SEORANG TOKOH TABIIN

    CARILAH IA SEPERTI MENCARI SESUATU YANG HILANG


    Sesekali terlintas di hati kita atau terdengar di telinga kita rungutan tentang sukarnya mengenal pasti hadith sama ada ia sahih atau tidak. Kepada mereka yang pernah merungut dan mengeluh tentang perkara ini, saya ingin tegaskan...ya! Sememangnya ia adalah sesuatu yang sukar dan hanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar hadith yang layak. Jadi? Apa penyelesaiannya? Takkanlah tak ada apa yang boleh kita lakukan?


  • JH-MUTIARA-001- Rambut Rasulullah SAW

    Mutiara Hadith (JH-MUTIARA) – huraian ringkas terhadap hadith-hadith sahih sebagai tazkirah setiap minggu. Penumpuan akan diberikan kepada hadith-hadith daripada Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.


  • JH-CINTA-001- Keperluan Mengenali Rasulullah SAW

    Oleh: Ibnu Hazam


    Kita perlu mengenali Rasulullah dan mencontohi Baginda atas beberapa sebab. Antaranya :


    1-Mengikut Perintah Allah


    Mentaati dan mengikut cara hidup baginda merupakan perintah dari Allah Ta’ala. Buktinya, Allah berfirman di dalam ayat 64 Surah AnNisak:


    وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ


    “Tidak kami utuskan daripada Rasul melainkan untuk ditaati”


  • JH-BUKU-001- Sahih al-Bukhari

    Oleh: Ibnu Hazam dan alitantawi


     


    Judul Buku :


    Dikenali dengan nama ‘Sahih al-Bukhari’. Manakala nama penuhnya ialah ‘al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasor Min Umur Rasulillah Wa Sunanihi Wa Ayyamihi’.


  • JH-MANHAJ-001- AHLI HADITH MODEN LEBIH HEBAT?

    Kategori ‘Manhaj’ adalah kategori yang diwujudkan khas untuk membincangkan beberapa persoalan berkaitan kajian hadith secara lebih terperinci. Mungkin ia sukar difahami oleh sebahagian pengunjung al-ahkam.net yang baru mula mengenali ilmu ini. Oleh itu saya memohon maaf sekiranya perbincangan di sini mungkin membosankan anda atau menambahkan kekeliruan kerana itu bukan tujuan saya. Jabatan Hadith AAN telah pun menyediakan kategori-kategori lain seperti Asas, Sejarah, Buku dan sebagainya untuk anda mendapatkan maklumat asas tentang kajian hadith. Bagi yang membaca artikel kategori ‘Manhaj’ ini, diharapkan anda dapat memberikan maklum balas kepada kami di Jabatan Hadith AAN sama ada berbentuk pembetulan, penambahan atau persoalan agar dapat kita manfaatkan bersama untuk masa depan kajian hadith terutama melalui alam siber. Wallahu a’lam.


  • JH-ASAS-001- Nasihat Seorang Sahabat Nabi

    Kategori ASAS dalam Jabatan Hadith AAN bertujuan untuk memberikan maklumat yang berguna untuk para pengunjung dengan ringkas dan padat. Sekiranya kategori MANHAJ dikhususkan untuk mereka yang telah pun mula mendalami bidang ini, maka kategori ASAS ini lebih menumpukan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkenalan dengan hadith dan ilmu kajiannya secara berperingkat.


  • al-Qaradhawi : Siapa kata Assyaerah sesat?

    Penulis: Khairol Amin (Kamin) Disusun semula dan diedit bahasa dari ruangan soal-jawab dengan izin penulis oleh: Abu Ismail [fathi_ali1427h@ yahoo.com]


    Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assyari, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati dalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.


  • Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

    KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.


  • JH-SEJARAH-001- PENGENALAN

    Seperti yang telah diberitahu dalam artikel tentang pembahagian kategori Jabatan Hadith AAN, terdapat satu kategori yang khusus tentang sejarah hadith. Kategori ini akan membicarakan tentang beberapa maklumat atau fakta penting berkaitan sejarah hadith sejak zaman Rasulullah SAW. Kategori ini juga akan membicarakan tentang biodata tokoh-tokoh hadith terkemuka sejak zaman terdahulu hingga kini.


  • AL-ALBANI PERNAH MENARIK BALIK BEBERAPA PENDAPATNYA

    Artikel ini ditulis atas cadangan daripada sahabat saya yang dihormati lagi dikasihi, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR) yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau pernah mencadangkannya kepada saya dalam satu perbualan telefon satu masa dahulu, tetapi disebabkan kealpaan, saya tidak menulisnya di sini. Ketika beliau memberikan ulasan terhadap pembentangan saya di Multaqa Ulama Muda anjuran Darul Fuqaha’ pada hujung tahun lepas, beliau mengulangi cadangan tersebut.


  • Perayaan NATAL/KRISMAS

    Pendahuluan


    Perayaan Natal, sungguh wah dan gemerlap; dengan pohon-pohon cemara lengkap digantungkan hiasan-hiasan, kerlap-kerlip lampu, dan hadiah-hadiah dibawahnya. Malamnya, tepat pukul 24.00 dilakukan misa (kebaktian). Rumah-rumah pun dihias pohon cemara, juga toko dan plasa, gedung dan kantor. Acara-acara televisi marak oleh nuansa Natal . Instansi-instansi juga secara resmi merayakannya.


  • Perkataan siapakah ini: Ismail diganti dengan qibas, Husin tidak diganti

    Cuba anda teka, perkataan di bawah dipetik dari blog siapa?


    "Benar, hampir kurbannya ialah Ismail tetapi lupakah kita kurban yang lebih tragis ialah Husin? Ismail diganti dengan qibas, Husin tidak diganti. Aidil Adha apa yang kau rai?"


  • KITAB-KITAB HADITH YANG TERPELIHARA SEHINGGA KINI

     


     


    Oleh: Abu Ismail (fathi_ali1427h@yahoo.com)


     


    "Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam kitabnya "al-Nukat `Ala Ibni Solah" (m/s: 992), Abu Jafar Muhammad bin al-Husain telah menyebutkan dalam kitabnya "al-Tamyiz" daripada Syubah, al-Thauri, Yahya bin Said al-Qattan, Ibnu al-Mahdi, Ahmad bin Hanbal dan lain-lain bahawa jumlah hadith-hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W (iaitu hadith-hadith sahih tanpa berulang) adalah 4400 (empat ribu empat ratus) hadith"


  • Status hadith/atsar bacaan al-quran di kuburan

    Oleh Abu_Bukhari


    1)Imam al-Thabrani meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya, berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid:


    “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah di sisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.


  • Pengajaran Dari Kisah-Kisah Ulama Hadis

    Oleh emran_ahmad


    Pada hari ini, saya melihat kewujudan ustaz-ustaz yang alim di dalam ilmu hadis di Malaysia yang merupakan satu hal yang sangat mengembirakan saya kerana tanggungjawab dan bebanan ilmiah sudah berkurang dengan memiliki insan yang berkualiti seperti Ustaz Adlan Aziz yang giat memberikan ceramah mengenai manhaj hadis al-mutaqadimin. Pada mulanya saya mengingatkan beliau ialah seperti orang-orang lain yang muncul dengan slogan ini hanya untuk menolak perkembangan era hadis yang giat dimonopoli oleh Syeikh Albani ra serta duplicate kepada seruan Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah dan golongan sufi tetapi sangkaan saya meleset setelah banyak membaca tulisan-tulisan beliau.


  • MENGENALI DUA TOKOH HADITH SALAF

    Oleh alitantawi


    Mungkin ada yang pernah mendengar nama Abd. Rahman Ibn Mahdi dan Yahya Ibn Ma’in. Di kalangan yang pernah mendengar nama mereka pula ada yang benar-benar mengenali mereka berdua dan ada juga yang tidak sempat untuk mencari maklumat tentang kedua tokoh hadith ini.


    Saya sendiri tidak serajin mana untuk menterjemahkan secara keseluruhan biodata kedua orang tokoh ini. Tapi rasanya cukuplah dengan beberapa maklumat berikut dapat memberi gambaran tentang sejauh mana ilmu dan ketokohan kedua orang alim hadith ini. Sama-sama kita renungkan.


  • Apabila Hadis Terbukti Sahih, Bolehkah Terus Beramal?

    Oleh: Al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (www.syeikh-takiri.blogspot.com / www.darulfuqaha.com / attakri@yahoo.com)


    "Apabila hadis tersebut sahih maka ia adalah mazhabku (peganganku)". Ungkapan ini sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh Fuqaha antara mereka Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali.


    Ungkapan ini pula selalu dijadikan hujah oleh beberapa pengkaji fiqh terkemudian untuk mengenepikan pandangan-pandangan fiqh tokoh-tokoh Fuqaha ini apabila ternyata bagi mereka pendapat tokoh-tokoh ini kononnya bercanggah dengan hadis yang sahih. Bagi mereka apabila didapati sesebuah hadis itu sahih dan makna hadis pula jelas bercanggah dengan fatwa tokoh-tokoh ini, maka pandangan tokoh-tokoh ini perlu diketepikan dan perlu diamalkan hokum yang difahami daripa hadis yang sahih tersebut.


  • SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH

    SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH DAN BUKUNYA ‘SAHIH IBN KHUZAIMAH’


    Artikel ini bukanlah sebuah artikel yang akan memperincikan tentang biodata Ibn Khuzaimah dan juga bukunya Sahih Ibn Khuzaimah. Ini kerana AAN sedang dalam proses pengumpulan artikel-artikel ringkas biodata beberapa muhaddith lain berserta metodologi buku-buku mereka.


  • BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH

    BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH –NASIHAT UNTUK PENDOKONG SUNNAH


    Ini sekadar nasihat, terpulang kepada anda untuk menerima atau menolaknya. Ia ditujukan kepada pendokong sunnah yang masih belum menghayati perbezaan ilmu antara muhaddith salaf dan muhaddith selepas mereka. Mungkin ia terlihat tidak tersusun kerana dikarang secara spontan. Namun ia masih berada di bawah tajuk manhaj ahli hadith salaf lebih hebat dan lebih tepat. Selamat membaca.


  • BEBERAPA TARIKH PENTING DALAM SEJARAH ISLAM

    Oleh: alitantawi


    TARIKH KEWAFATAN  SERTA BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM


    Berikut adalah senarai tahun kewafatan Rasulullah SAW dan sebahagian para sahabat yang terkenal. Begitu juga diselitkan tarikh beberapa peristiwa penting sepanjang zaman Rasulullah SAW sehingga penghujung pemerintahan khalifah-khalifah rasyidin. Ia adalah sebahagian daripada tulisan yang dikumpulkan oleh ahli-ahli Multaqa Ahl Hadeeth yang saya pilih daripada edisi lengkap. Edisi lengkap sejarah Islam tersebut yang memuatkan tarikh kewafatan dan peristiwa-peristiwa penting sehingga tahun 1424 H(dalam Bahasa Arab) akan disediakan dalam ruangan muat turun al-ahkam.net tidak lama lagi, insya Allah.


    semoga tarikh-tarikh berikut akan kita simpan untuk diingati selalu.