Berita dan Artikel

  • Bolehkah Kita Bela Jin atau Pelesit Untuk Menjaga Diri Dan Harta

    Bolehkah kita umat Islam membela jin, hantu raya, pelesit dan sebagainya untuk menjaga diri dan harta benda? Bagaimana pula hukum membela anjing untuk tujuan berkenaan?


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Tidak Semua Tasbih Bermaksud Solat

    Kali ini Dr Izrail menyanggah perkataan Ustaz Abu Umair yang menukilkan dari Ibnu Abbas bahawa setiap tasbih di dalam al-Quran bermaksud solat.


    Apa sanggahan berkenaan?



  • MP3 Dr Abdul Basit Abdul Rahman di Surau an Nur Bangi

    Rakaman Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
    Tajuk: Fitnah
    Surau an-Nur Bangi 8 Mei 2010
    Download: di http://www.mediafire.com/?zoiw2jwm4tt


    Kredit www.mymaktabaty.com


  • Sebenarnya Wali Allah Ramai Dari Kalangan Fuqaha' & Muhaddisin Bukan Dari Kalangan Ahli Tasauf

    Siapakah wali Allah? Karamah wali. Silap faham bila dikatakan wali Allah ramai di kalangan ahli Tasauf. Sebenarnya ramai Wali Allah di kalangan ahli Feqh dan ahli Hadis.


  • Pengikut percaya Asaari tak mati

    KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.


  • GHAIBKAH ASHAARI MUHAMMAD?

    Oleh: Ustaz Mohd Aizam bin Mas'od

    Kita amat-amat mengharapkan semoga dengan kematian Ashaari Muammad pada tanggal 13 Mei 2010, menjadi hujah bahawa segala ramalan dan dakwaan yang dicanang-canangkan oleh para pengikut al-Arqam (sekarang Global Ikhwan) selama ini adalah palsu dan rekaan semata-mata. Biarlah kematian Ashaari ini melahirkan kesedaran dan keinsafan kepada mereka bahawa Abuya yang mereka agung-agungkan itu hanyalah seorang manusia biasa yang tidak boleh lari malah tidak boleh berunding untuk menerima atau menolak kematian. Sebagaimana Rasulullah SAW, junjungan besar yang merupakan manusia teragung pernah tercipta di dunia ini, wafat dengan sebenar-benar wafat (bukan ghaib kubra atau sughra), apatah lagi kita yang hanya bertaraf umat Baginda SAW. Lihatlah bagaimana para sahabat terkasima di saat kewafatan Rasulullah SAW sehingga ada antara mereka yang meragui pemergian Baginda SAW menemui Kekasihnya. Lalu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq bertindak sebagai pemberi ingatan. Abu Bakar lalu bangkit sambil menuturkan kata-kata berikut:


  • Fatwa Syeikh al-Syarbashi: Hukum Air Kencing Bayi Kecil

    SUCINYA AIR KENCING ANAK KECIL




    Soal: Jika seorang anak kecil kencing di baju, apakah seluruh bagian baju tersebut harus dicuci dengan air, atau cukup memercikkan air pada bagian yang terkena kencing? Kami juga mendengar bahwa air kencing anak kecil tidak najis.


    Bagaimana pendapat Anda?


     


  • [Video] Nasihat Untuk Isteri-isteri Di Pejabat

    Isteri-isteri yang berhias berlebihan di luar rumah di hadapan lelaki yang bukan suaminya, samada di pejabat atau di tempat kerja. Perhiasan yang mampu menari perhatian lelaki asing dan membangkitkan nafsu syahwat mereka. Nasihat untuk mereka, bertaqwalah kepada Allah.


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ust Abu Umair: Sikap Ketika Berdepan Dengan Khilaf

    Mengapa berlaku khilaf dalam penggunaan lafaz Allah. Allah.. Dan bagaimana semestinya sikap kita ketika berdepan dengan perkara-perkara khilafiah. Apa sikap kita terhadap para ahli ilmu bila mereka memilih pendapat yang


  • Nushuz Suami Isteri : Konsep dan Penyelesaiannya Dari Perspektif Hukum

    Oleh Ustaz Abdul Kadir bin Hj. Muhammad


    1.0 Pendahuluan
    Firman Allah bermaksud, Al-Rum, 20-21
    " Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, kamudian kamu menjadi manusia hidup bertaburan di muka bumi. Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu ( laki-laki) isteri-isteri dari kamu sendiri supaya kamu menjadi tenteram ( aman damai ) hidup bersamanya. Dan ia menjadikan antara kamu suami isteri berkasih-kasihan dan belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu sebagai tanda ( kebesaran Allah) bagi mereka yang ingin berfikir. "


  • Bolehkah Kerana Taat Suami sampai Tak Ziarah Bapa Yang Sakit Dan Jenazahnya

    Oleh: zain-ys


    Riwayat oleh al-Thabrani di dalam al-Mu'jam al-Ausath dan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali memuatkannya di dalam al-Ihya':
    "Seorang lelaki telah keluar bermusafir dan dia berpesan kepada isterinya agar jangan turun dari atas ke bawah rumah, di mana ayah isterinya berada di bawah. Kemudian si ayah sakit. Dan wanita ini mengirim berita kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta izin turun ke bawah kepada ayahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Taatilah Suamimu."


  • Ulasan Pilihan Raya SIbu: Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?

    Oleh: MSO


    SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.


  • Selamat Hari Guru: Lilin Seorang Guru

    Pernah langkah ku payah
    Menuju ke destinasi
    Kerana malam gelap
    Dan bintang hilang kerdipnya
    Menjadikan arah ku keliru
    Ke timur atau ke barat


  • Selamat Hari Guru: Mu'allim

    We once had a Teacher
    The Teacher of teachers,
    He changed the world for the better
    And made us better creatures,


  • Download E-Book: 'PENGARUH ASING TERHADAP KEFAHAMAN ALLAH-MUHAMMAD

    Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menerbitkan buku terbaru karangan Prof. Dr. Abdul Fatah Haron, Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM bertajuk: Pengaruh Asing Terhadap Kefahaman Allah - Muhammad


    Siapa yang berminat boleh baca secara online di:


  • Netanyahu biadap: 'al-Quds' tidak pernah disebut di dalam al-Qur'an


    Oleh: Ust Md. Aizam Masu'd( Bah. Penyelidikan JAKIM)

    Kelmarin ketika Isrel merayakan Hari Jerusalem pada 12 Mei 2010, PMnya si Benjamin Netanyahu laknatullah telah membuat kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh umat Islam sedunia apabila mengatakan nama 'al-Quds' tidak pernah disebut walau sekalipun di dalam al-Qur'an. Alangkah bodoh dan dangkal lagi biadap kenyataan Netanyahu ini. Netanyahu juga dengan bongkaknya menegaskan akan meneruskan pembinaan kawasan perumahan Yahudi di sebelah Jerusalem Timur yang berjaya mereka rampas dalam Perang Arab-Israel 1967. Secara perundangan antarabangsa, apa yang dilakukan oleh Yahudi ini sememangnya satu jenayah dan Jerusalem Timur termasuk Masjid al-Aqsa jelas merupakan hak umat Islam.






  • Ke Mana Arah Global Ikhwan (al-Arqam) Selepas Abuya Tiada?

    Kita semua tahu, pimpinan tertinggi Global Ikhwan (dulunya al-Arqam dan selepas itu Rufaqa') iaitu ustaz Ashaari (Abuya) telahpun meninggal dunia baru-baru ini. Kita ucap takziah kepada seluruh keluarga besarnya. 38 orang anak dan 200 orang cucu. Dan kita tahu bahawa Global Ikhwan menggerakkan perniagaan mereka bukan semata-mata perniagaan atau atas dasar mencari keuntungan atau atas dasar cari makan sahaja. Tetapi mereka membawa pegangan mereka. Itulah yang utama. Dan objektif mereka ialah mahu menjayakan misi pegangan mereka. Itulah hala tuju dan arah mereka.


  • Selamat Hari Guru - Info Berkaitan Hari Guru

    Info sepenuhnya berkaitan Hari Guru boleh diperolehi di web Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut ini dipetik pengenalan Hari Guru di Malaysia:


    Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


  • Pandangan HAMKA Terhadap al-Imam al-Ghazali & al-Ihya Ulumuddin

    Oleh zain-ys


    Ihya' Ulumiddin (al-Ihya') sebuah nama besar. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali juga sebuah nama besar. Orang besar menghasilkan karya besar iaitu al-Ihya'. Kedua-duanya, baik al-Imam al-Ghazali atau al-Ihya' sejak beliau menjadi bintang tidak pernah kering dari disebut orang hingga ke hari ini. Malah mungkin untuk hari-hari seterusnya. Kedua-duanya adalah bintang di persada sejarah sepanjang zaman.


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: hujah aqli jika bersandarkan dgn dalil naqli yg sahih insyallah boleh diterima

    Dr IzrailPetikan:
    Dr Izrail: "Pendirian Ibn Taimiyyah memang jelas menolak keharusan berzikir dengan Allah Allah. Tetapi beliau tidak menafikan org berzikir seperti ini boleh menyebabkan terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya bahkan mendapat ganjaran di atas perasaan tersebut.
    "


  • [0011: Budhisme] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

    BUDHISME




    TA'RIF


    Budhisme adalah sebuah agama yang muncul di India, sesudah Brahmaisme, pada abad kelima sebelum Masehi. Pada mulanya agama ini cenderung memperhatikan manusia, di samping kepada pembersihan dan kehalusan jiwa, hidup sederhana, cinta kasih, toleransi dan perbuatan baik Akan tetapi tidak lama kemudian, setelah pendirinya meninggal, agama ini berubah menjadi kepercayaan - bathil yang penuh dengan nilai-nilai berhalaisme. Bahkan para pengikutnya sangat mengkultuskan pendirinya sampai ke tingkat menuhankannya.