Berita dan Artikel

  • Sampai Atau Tidak Pahala Kepada Si Mati: Studi Perbandingan Antara Mazhab-Mazhab

    Tahukah anda bahawa pendapat Masyhur mazhab al-Syafi'i mengatakan bahawa Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir tidak sampai kepada si mati? Berikut ini artikel ringkas yang menghimpunkan pendapat para ulama serta dalil-dalilnya berkaitan apakah sampai amalan orang hidup kepada si mati. Artikel ini telah disemak oleh al-Fadhil Dr Abu Anas Madani dengan beberapa penambahan oleh beliau.


  • Nasihat Ikhlas Kepada Pentaksub Syeikh al-Albani

    Ini Bukan Sikap Penuntut Ilmu...


    Oleh: Ustaz alitantawi


    -Tulisan ini khusus untuk mereka yang mempelajari ilmu hadith...


    Saya ialah seorang penuntut ilmu... Dan saya akan terus begitu selagi mana saya sedar ilmu itu lautan luas yang tidak bertepi.


    Nasihat saya kali ini khusus saya tujukan kepada mereka yang terlalu mengagungkan salah seorang ulama hadith moden, Syeikh al-Albani.


  • Kecantikan bukan segalanya!!!

    Oleh: kembara_daie

    Paras rupa- satu nilaian yang begitu diambil berat oleh para manusia,terutamanya dalam pemilihan teman hidup. memang fitrah manusia sukakan yg indah indah, yang berparas rupa,untuk menjadi miliknya.


    Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dengan penuh hikmah. zahirnya memang ada insan yang lebih kacak dari yang lain, dan ada yang kurang cantik dari yang lain. semuanya kurniaan Allah yang wajib disyukuri, dan ianya juga merupakan ujian Allah atas para hambanya.


  • Hukum-hakam Rawatan Kecantikan

    Kecantikan merupakan perkara yang dikira penting bagi wanita, sehinggakan diwujudkan cogankata kecantikan hak milik setiap wanita. Kerana kecantikanlah, muncul pelbagai jenis rawatan untuk menghilangkan benda benda yang tidak memuaskan pada wajah dan tubuh badan.


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ustaz Abu Umair: Jawab dakwaan ulama yang benarkan


    Bagi yang mengikuti dari awal perbahasan dua orang ustaz iaitu Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail, sudah tentu mendapati ia semakin menjadi bertambah menarik. Lebih-lebih lagi bila ustaz Abu Umair meminta Dr Izrail menyenaraikan siapakah tokoh ulama silam yang membolehkan zikir Allah.. Allah.. Pada artikel sebelum ini Dr Izrail menjawabnya dengan menyenaraikan ulama yang membolehkan. Malah beliau menyatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah; walaupun Ibn Taimiah tidak menggalakkan zikir Allah Allah tetapi beliau membenarkan dengan cara tersebut kerana menurut beliau zikir Allah Allah boleh menyebabkan perasaan begitu.


    Agak-agak apa yang akan dijawab oleh ustaz Abu Umair kali ini? Ramai yang ternanti-nanti apakah hujah balas dari beliau.


    Silakanlah membacanya di bawah ini..


  • Imam Memanjangkan Bacaan

    Bolehkah imam memanjangkan bacaan semasa sembahyang berjamaah.


  • Fatwa Syeikh al-Syarbashi: Pendapat Maliki Tentang Wudhuk Khatib Salat Jumaat?

    WUDHUK SEORANG KHATIB SALAT JUMAAT


     


    Soal: Saya hanya menginginkan jawaban dari mazhab Maliki mengenai persoalan berikut: Seorang imam, bila wudhuknya batal tatkala sedang menyampaikan khutbah Jumaat, apakah dia dapat meneruskan khutbah Jumaatnya tanpa wudhuk? Jika wudhuknya batal pada waktu antara khutbah dan salat, apakah dia dapat meminta orang lain untuk menggantikannya sebagai imam salat Jumaat?


     


  • [Resepi] Nasi Paprik

    Bahan-bahan: 1 mangkuk nasi putih, sedikit daging lembu direbus, sedikit daing ayam, sedikit sotong, sedikit lobak, 1 batang jagung, 3 ekor udang basah, 5 biji cili padi, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 sudu sos tiram, 2 sudu besar sos cili. 2 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar cili kisar, 2 helai daun limau purut, sedikit air, garam, sos ikan, gula pasir & minyak masak.


  • Tahukah Anda: Bilangan ayat,perkataan dan huruf al-Quran? 6666 ayat?

    Soalan:


    Assalamualaikum.


    Berapakah bilangan ayat, perkataan dan huruf yang terdapat di dalam al-Quran?


    Sekian.Terima kasih.


    Mlar


    Posted: Tue Jul 02, 2002 8:48 am


     


  • Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu

    Terjemahan oleh zain-ys - Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Ulama salaf dan mutaqqimun yang mengharuskan zikir Allah Allah

    Antara isi kandungan kali ini ialah, Dr Izrail menyenaraikan ulama yang membenar zikir dengan Allah.. Allah.. Dan beliau menyenaraikan hadis-hadis yang mendokong pendapat ini.


    Perbahasan sebelum ini boleh dibaca di sini:
    http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5498


  • Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Wahdatul Wujud

    16. Wahdatul Wujud
    3 April 2000 Muzakarah Kali Ke-48


    SS Syed Alawi Tahir al-HaddadKeputusan:
    a. Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.


  • Video: Cara Basuh Kencing Menggunakan Tisu

    Ustaz Azhar Idrus mengajar
    1. Cara Istinjak guna tisu
    2. Solat tanpa wudhu'


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ustaz Abu Umair; buktikan siapa salaf yang benarkan?

    Masih lagi perbahasan di sekitar berkaitan surah al-Insan: 25; "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.."


    Antara yang dibahaskan ialah, pada kiriman yang lalu, dipaparkan Dr Izrail menyatakan "Dan sebutlah nama Tuhanmu.." bukan sahaja ditafsirkan dengan maksud solat sahaja sebagaimana dakwan Ustaz Abu Umair pada kiriman terdahulu sebelum itu. Namun, ramai ahli tafsir yang menafsirkannya sebagai zikir, solat dan lain-lain lagi.


    Ustaz Abu Umair jawab, yang jadi pertikaian penafsiran ialah samada nak tafsir "Dan sebutlah nama Tuhanmu.." dengan maksud solat atau zikir. Bukannya antara solat dan zikir Allah.. Allah..


  • Tahniah JAIM Kerana Robohkan Binaan Makam 7 Beradik

    Tahniah kerana robohkan makam Tujuh Beradik di Pulau Besar Melaka. Aktiviti bid'ah dan khurafat di Pulau Besar melaka boleh ditonton di topik Khurafat dan Syirik Di Pulau Besar Melaka di al-ahkam.net



  • Ust Azhar Idrus - Tidur waktu khutbah

    Pakai jubah, pakai serban tapi tidor waktu khutbah. Yang pakai baju Power Ranger tak tidor, dengar khutbah..


  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: Anwar Syah Kasymiri kata boleh zikir Allah.. Allah..

    Dr Izrail kali ini masih lagi menyanggah Ustaz Abu Umair di sekitar tafsiran surah al-Muzammil ayat 8, "Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadanya dengan penuh ketekunan" Surah: Al-Insan ayat 25: "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." Juga di sekitar hadis: "Dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah".


    Artikel lepas, Ustaz Abu Umair menjelaskan bahawa semua itu samasekali tidak dapat ditafsirkan sebagai boleh berzikir dengan Allah. Allah.. Kita baca jawapan dari Dr Izrail pula.


  • [0010: B'nai B'rith] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

    B'NAI B'RITH




    TA'RIF


    B'nai B'rith adalah salah satu perkumpulan Freemasonry modem termaju. Perkumpulan ini merupakan sayap Freemasonry yang paling extrem. Prinsip dan tujuan tidak banyak berbeda dengan Freemasonry. Hanya keanggotaannya terbatas untuk putera-puteri Yahudi. Pengabdiannya, pada dasarnya, berupa dukungan penuh terhadap gerakan Zionisme Internasional.



  • [Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ilhaq al-nazhir bi Nazhirih

    Sebelum ini Dr Izrail menyatakan, berdasarkan kaedah Usul Feqh "Lafaz mutlak ini berkekalan sehingga ada dalil lain yg mentaqyidkannya." Jadi bila Allah berfirman "sebutlah nama Tuhanmu.." tak bolehlah ditaqyidkan hanya kepada tasbih, takbir, tahmid sahaja. Jadi berzikir dengan menyebut Allah.. Allah.. juga termasuk di bawah maksud "sebutlah nama Tuhanmu.."


    Kali ini, kita lihat apa jawapan Ustaz Abu Umair terhadap permasalahan di atas.


  • Fatwa Syeikh al-Syarbashi: Batalkah Wudhuk Dengan Menyentuh Perempuan Bukan Mahram? (2)

    Soal: Apakah dalam mazhab Syafi'i, seorang wanita dapat membatalkan wudhuk suaminya dan begitu juga sebaliknya?


     


    Jawab: Dalam mazhab Syafi`i, wudhuk menjadi batal karena menyentuh kulit wanita yang bukan mahram tanpa adanya penghalang. Begitu juga apabila seorang wanita menyentuh kulit laki-laki. Ini men­cakup persentuhan antara suami dan isteri, karena isteri bukan termasuk mahram bagi suaminya, sehingga wudhuk pihak yang me­nventuh di antara mereka berdua menjadi batal. Hal ini berdasar­kan firman Allah SWT di dalam Al-Qur'an:


    "Atau kamu telah menyentuh (lamastum) perempuan, kemudian kamu tidak mendapatkan air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)." (QS. an-Nisa': 43)