SJ-05-0535 : Bacaan Iftitah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0535 : Bacaan Iftitah

Adakah dibolehkan tidak membaca doa iftitah terlebih dahulu di rakaat pertama di dalam solat sebaliknya diteruskan membaca surah Al Fatihah. Adakah perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tidak membaca doa Iftitah ini. Minta penjelasan.

Re: Bacaan Iftitah

:salam

Doa iftitah adalah salah satu bacaan yang dibaca dalam solat pada rakaat pertama selepas takbiratul Ihram.Hukum membacanya adalah sunat bukan wajib seperti Al-Fatihah .

Maka , apabila tidak dibaca , solat tersebut tetap sah dan tidak perlu untuk sujud sahwi.

WA

:wassalam

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com