Displaying 1576 - 1590 of 1659
1576 KEPENTINGAN KAJIAN HADITH DI ATAS MANHAJ ULAMA TERDAHULU

Kajian hadith melalui peringkat demi peringkat sejak zaman para sahabat sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Bentuk kajian di setiap zaman juga adalah berbeza mengikut keadaan dan kemampuan pengkaji. Ditambah pula dengan wujudnya sebab-sebab sampingan yang membantu kajian seperti kemajuan dalam penulisan dan teknik pemeliharaan hadith.

Di zaman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terdapat kebarangkalian yang terlalu sedikit untuk wujudnya kesilapan sama ada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith. Namun, zaman demi zaman berlalu sehinggalah berakhirnya zaman para sahabat.


16 years 7 months ago
1577 Maulidur Rasul: Sanggahan terhadap Risalah Pelajar Pondok..

Petikan:
Dakwaan:
Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.

Kita jawab: Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi. 

 



16 years 7 months ago
1578 ADAKAH KAJIAN AL-ALBANI PERLU DTERIMA?

Bagi sesiapa sahaja yang membaca buku-buku berkaitan hadith dan mengambil tahu tentang persoalan berkaitan hadith-hadith sahih serta dhaif, pasti akan mengenali nama seorang pengkaji hadith terkemuka – Muhammad Nasiruddin al-Albani. Beliau merupakan seorang pengkaji hadith yang telah meninggal pada tahun 1999.


16 years 7 months ago
1579 Video: Menjelajah kubur Abu Luluah di Kashan Iran

 

Menjelajah kubur Abu Luluah di Kashan Iran. Beliau ialah pembunuh Saidina Umar r.a. Pembunuhan ini adalah hasil dari konspirasi Farsi Majusi yang mahu cahaya Islam padam. Malangnya, pembunuh Umar r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyah. Mereka mengunjungi dan menghormati kuburnya kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau digelar Baba Syujauddin (Sang pembela agama yang gagah berani).
16 years 8 months ago
1580 Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya

Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya

Oleh: Abu Ismail (e-mail: acid_fast_stain@yahoo.com)

 

Alhamdulillah ,wassola tuwassala muala rasulillah,wa ala alihi wa ashabi ajmain wa man walah, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan mulia baginda Rasulillah SAW,keluarganya, para sahabatnya dan mereka yg mengikuti jejak baginda.

Wa badu

Ilmu Mustolah al-Hadis ialah ilmu yang membahaskan berkenaan asas-asas dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui keadaan dan kondisi sanad dan matan hadis, samada ia diterima atau ditolak yang merupakan objek pembahasan utama ilmu ini.Melalui ilmu yang berdisiplin tinggi ini kaum muslimin dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang lemah atau palsu.Ilmu ini adalah satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam, sebagaimana kata Imam al-Nawawi (676H) dalam pendahuluan kitab al-Taqrib wa al-Taisir li Marifati Sunan al-Basyir al-Nadzir:


16 years 8 months ago
1581 MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK

Oleh abu_ismail

MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK

قال الإمام الترمذي في الجامع الكبير: عقيب حديث (252) :" والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم والتابعين ومن بعدهم : يرون أن يضع الرجل يمينه على شماله في الصلاة . ورأي بعضهم أن يضعهما فوق السرة ، ورأي بعضهم أن يضعهما تحت السرة ، وكل ذلك واسع عندهم "

. Menurut Imam at-Tirmizi dalam al-Jami’ al-Kabir (Sunan at-Tirmizi) selepas hadith no: 252 : “Amalan ini dilakukan oleh para ilmuwan dari kalangan sahabat Nabi SAW, para tabi’in dan golongan selepas mereka. Mereka berpendapat seseorang itu hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya ketika solat. Sebahagian daripada mereka berpendapat meletakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pusat. Manakala sebahagian yang lain berpendapat meletakkannya di bawah pusat. Semua itu ‘luas’ pada mereka.”


16 years 9 months ago
1582 JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH

Oleh alitantawi

1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini kerana…

2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.


16 years 9 months ago
1583 Video: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat: Dato Harun Taib: Membongkar hakikat Syiah di Iran, Iraq dan Leb

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Harun Taib dalam kuliahnya 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam.

Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq sekarang ini di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni samada orang awam dan para ulamanya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka.

Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka.


16 years 10 months ago
1584 Khadam Ayat - Penjelasan Yg Menimbulkan Tandatanya

Petikan: Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.


16 years 10 months ago
1585 Preview Buku: Sejarah dan Dokumen-dokumen Syiah

Sebuah buku yang baik yang membahaskan tentang Syiah Imamiah. Ditulis oleh bekas menteri waqaf Mesir, Syeikh Dr Abdul Munim al-Nemr. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan untuk membaca isikandungan buku, kata pendahuluan dan biografi penulisnya.


16 years 11 months ago
1586 Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni...

Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.

Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (ááå Ëã ááÊÇÑíÎ)

Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.

Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi.


17 years 3 weeks ago
1587 Video: Al-Kisah.. Syiah Angkat Berat (menarik!)

Seorang perserta angkat berat Syiah menyeru:

"Ya Sahibaz Zaman! Ya Maulaya.. Ya Amiral Mukminin..!"

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : "Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : "Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan."

(HR At-Tirmizi/Hasan sahih)


17 years 3 weeks ago
1588 Video: Al-Quran mereka 3 x ganda dari al-Quran kita...

Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”.

Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.

TONTON VIDEO BERIKUT..


17 years 1 month ago
1589 Video: Inilah Syiah! Meratap pada hari Asyura

Syiah Imamiyah tidak sesat? Mereka adalah dari kalangan syiah yang sederhana? Mereka sama seperti mazhab-mazhab empat yang lain? Sebelum anda memberikan jawapan, Saksikan video ini.. Fikir.. Dan nilai berdasarkan akal fikiran anda yang waras.


17 years 1 month ago
1590 Dengar! Azan Syiah yang pelik...

Dengar sendiri azan Syiah (Imamiyah) yang berbeza dengan azan kita Ahlus Sunnah. Disertakan juga penjelasan berkenaan dengan kalimah Syahadah Syiah.


17 years 1 month ago