Displaying 1591 - 1605 of 1659
1591 Syiah Mula Tunjuk Taring

Menggunakan hadith-hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Muslim tentang al-Mahdi; Syiah cuba menyeludup masuk ajaran sesatnya. (Lihat gambar 1&2)

Yang lain pula bertopengkan organisasi perubatan alternatif, mereka cuba menyebarkan ajaran kufur mereka. (Lihat gambar 3)

Dua buah risalah ini disebarkan dimasjid-masjid secara terbuka.


17 years 1 month ago
1592 Mungkin Sahih? Mungkin Dhaif? - AT

Oleh alitantawi

Sebahagian daripada mereka yang mempelajari ilmu hadith terkadang ‘tergelincir’ daripada landasan sebenar dalam kaedah pengkajian hadith. Begitulah sifat manusia yang tidak sempurna dan serba kekurangan. Semakin bertambah ilmu, semakin bertambah pula kesedaran bahawa ilmu itu hanyalah sedikit dan masih banyak yang perlu dicari.


17 years 1 month ago
1593 Kajian Hadith, Pintu Yang Tidak Dapat Ditutup - AT

Oleh alitantawi

Persepsi golongan agamawan (kebanyakannya yang bergelar ustaz dan ustazah) terhadap bidang kajian hadith adalah berbeza mengikut latar belakang ilmu serta kecenderungan masing-masing. Berdasarkan pengalaman diri dan juga pengalaman orang lain, saya dapat merumuskan bahawa di antara bentuk perbezaan pendapat golongan agamawan terhadap bidang kajian hadith adalah seperti berikut:

a) Ada yang menganggap bahawa ilmu hadith telah selesai dikaji oleh ulama silam dan kita di zaman ini hanya menuai hasil daripada kajian mereka. Ulama silam disifatkan lebih mengetahui dan lebih arif berbanding ulama di zaman kita ini. Bahkan ada di antara golongan ini yang menganggap kajian ulama masa kini terhadap hadith adalah tidak wajar dan menjadi satu kesalahan kerana kita belum sampai ke tahap ulama silam.

b) golongan lain yang menganggap bahawa ilmu hadith boleh dikaji tetapi tidak ada lagi orang yang mampu mengkaji seperti ulama silam. Mereka tidak melarang tetapi mereka seolah-olah berputus asa terhadap wujudnya golongan pengkaji moden.

c) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith adalah ilham daripada Allah SWT semata-mata dan ia tidak ada kaitan dengan kajian saintifik atau kajian akademik. Mereka akan menonjolkan ulama hadith sebagai manusia terpilih yang mendapat ilmu daripada Allah SWT dan bukannya daripada jalan pengajian seperti manusia lain.

d) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith amat mudah dan sesiapa sahaja boleh mengkaji hadith tanpa perlukan asas yang kukuh. Golongan ini akan gopoh dalam menentukan kedudukan hadith atau maksud hadith dengan sekadar kajian ringkas tanpa merenung kembali kajian para ulama zaman berzaman.

e) Ada pula yang menganggap bahawa kajian hadith berlegar di sekitar kajian maksud hadith tanpa melibatkan kajian kesahihan hadith. Bagi mereka, ilmu hadith hanyalah berkaitan pembacaan dan pengajian maksud hadith. Mereka tidak peduli sama ada hadith yang digunakan itu sahih atau tidak bahkan mereka menganggap bahawa semua hadith yang telah ditulis di dalam kitab-kitab adalah sahih semuanya.

Sedangkan pada hakikatnya…

Ilmu hadith adalah hasil kajian para ulama zaman berzaman dengan berpandukan kaedah-kaedah ilmiah. Ia bukannya sangkaan atau ilham apatah lagi mimpi. Kajian para ulama hadith sejak dahulu hingga kini merupakan ijtihad ke arah mencari natijah paling tepat. Pintu ijtihad ini tidak akan dapat ditutup sehingga hari kiamat. Setiap zaman pasti akan menyaksikan munculnya pencinta dan pengkaji hadith yang akan menyumbang ke arah mengayakan khazanah kajian. Kalaulah (sekadar contoh) kita menyatakan bahawa kajian hadith hanya dikuasai oleh Imam al-Bukhari dan rakan-rakan pada sekitar tahun 200-300 Hijrah, maka bagaimana pula dengan kemunculan ulama hadith terkemuka selepas mereka seperti Ibn Abi Hatim (327H), Ibn Hibban (354H), al-Daraquthni (385H), al-Hakim (450H), al-Khathib al-Baghdadi (463H), Ibn al-Jauzi (597H), Ibn al-Solah (643H), al-Nawawi (676H), al-Mizzi (742H), al-Zahabi (748H), al-Iraqi (806H), Ibn Hajar al-Asqalani (852H), Ali al-Qori (1014), al-Syaukani (1250H) sehinggalah zaman moden ini yang menyaksikan kemunculan nama-nama seperti Ahmad Syakir (1958M), Ahmad Ibn Siddiq al-Ghumari (1960M), Abd. Fattah Abu Ghuddah (1996M), Muhammad Nasiruddin al-Albani (1999M), Abd. Qadir al-Arnaouth (2004M) dan ramai lagi yang menurut jejak langkah para pengkaji silam. Setiap zaman menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh hadith yang sentiasa menyajikan kita dengan penemuan-penemuan baru dan kajian-kajian ilmiah yang tidak pernah kita temui sebelum itu. Nama-nama yang saya sebutkan di atas hanyalah segelintir nama yang popular dan disanjung pada zaman masing-masing. Apakah kita ingin menyatakan bahawa nama-nama itu tidak patut terlibat dalam kajian hadith hanya semata-mata kerana mereka tidak hidup sezaman dengan al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi dan lain-lain yang sezaman dengan mereka? Sudah tentu pernyataan ini langsung tidak dapat diterima oleh mereka yang mempunyai akal yang waras atau memiliki sedikit ilmu berkaitan Islam!

Sikap yang sepatutnya kita ambil ialah…

Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam bidang kajian hadith. Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai sifat ikhlas dan mendalami asas-asas yang diperlukan dalam kajian. Sekiranya anda tidak mampu untuk turut serta mengkaji, janganlah menjadi batu penghalang atau bersikap ingin melemahkan semangat orang-orang yang ingin menjadi pengkaji hadith. Bantulah, tegurlah sebarang kesilapan dan berikanlah nasihat-nasihat berguna agar para pengkaji hadith tidak terpesong daripada landasan yang benar dan tidak lari daripada kaedah-kaedah Mustolah al-Hadith. If you can’t be among them, support them! (betul ke grammar ni?)


17 years 2 months ago
1594 Menangani Gejala Murtad dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih

Daripada: ustaz.blogspot.com oleh Ustaz Emran bin Ahmad

Menangani Gejala Murtad dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih

Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan atau perkataan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam.

“ Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianya itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannya di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-baqarah : 217).

17 years 3 months ago
1595 Majlis Fatwa dan Kajian Eropah: Perayaan Non Muslim; Boleh Ucap Selamat Tapi Haram Merayakan

Fatwa: Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka
Soalan:
Sila terangkan hukum mengucapkan selamat kpd non-Muslim pada hari perayaan mereka. Tolong huraikan isu ini dgn terperinci, spt mengucapkan selamat kpd mereka utk pelbagai perayaan mereka termasuk perayaan nasional dan juga bertukar hadiah.


17 years 3 months ago
1596 Adakah Syiah HERO kita?

Adakah Syi’ah HERO kita?

Oleh: Zahid Naser (barudati@gmail.com)

Akhir-akhir ini nama Syi’ah mendapat banyak tempat di mulut manusia di seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Dengan entiti besarnya diketuai Iran maka Syi’ah dinobat secara tidak disedari sebagai hero besar umat Islam. Sebelum mengulas lebih lanjut harus ditekan terlebih dahulu penulis tidak menafikan usaha Iran yang menongkah arus melawan Amerika dan sekutunya yang menzalimi seluruh rakyat dunia dengan polisi mereka. Tetapi perlu kita sedari dan insafi, ramai lagi yang memerangi Amerika seperti Venezuela, Korea, Ivory Coast, Vietnam dan banyak lagi negara yang marah dan tidak bersetuju dengan Amerika. Jadi, ini tidak menjadi satu kayu pengukur untuk terus menobatkan Syi’ah yang membayangi Iran dan Hizbollah sebagai hero kita, umat yang mengakui syahadah yang suci.


17 years 3 months ago
1597 Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #2

Oleh alitantawi

tulisan ini adalah sambungan artikel #1 tentang seorang ahli hadith yang berketurunan Albania dan masih hidup di Jordan. semoga Allah memelihara beliau daripada sebarang keburukan....


17 years 3 months ago
1598 Pendapatku Tentang Sanad

Oleh alitantawi

Tajuk yang saya pilih bukanlah satu perbincangan ilmiah yang teliti dalam menceritakan tentang peranan sanad dalam ilmu kajian hadith. Tulisan ini hanya ingin mengajak para pembaca membezakan antara keperluan sanad di zaman silam (di kalangan ulama hadith) dan keperluan terhadap sanad di zaman ini (di kalangan ulama hadith, fiqh, tasauf dan sebagainya).


17 years 3 months ago
1599 Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #1

Oleh alitantawi

Sesampainya saya dan rakan-rakan di Jordan penghujung tahun 1996, kami sibuk diberi taklimat tentang keadaan di sana oleh para ‘senior’. Bermula daripada cara mendaftar subjek hinggalah kepada cara mendapatkan bekalan makanan di kedai, semuanya diceritakan kepada kami. Termasuk juga kami dibawa melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tapi saya tidak pernah tahu bahawa di Jordan terdapat seorang alim yang berpengalaman khususnya dalam bidang hadith. Mungkin maklumat itu tidak penting atau mungkin kerana kami baru saja sampai, nak berkomunikasi pun masih merangkak-rangkak, bagaimana pula nak menghadiri kuliah seorang syeikh hadith?


17 years 4 months ago
1600 Mengkritik, Bukan Menghina

Oleh alitantawi

Saya pernah bertemu dengan orang-orang yang cepat melenting apabila kita mengetengahkan kepadanya pendapat yang berbentuk kritikan atau menolak pendapat ulama terdahulu. Mereka akan cepat menggunakan beberapa alasan untuk menolak kritikan tersebut. Di antara alasan mereka ialah :

  • Siapa kamu untuk menolak pendapat ulama yang terkenal?
  • Dah habis ke kamu kaji untuk menolak pendapat mereka?
  • Pendapat mereka betul, cuma kita saja yang tak faham.
  • Kita perlu mendalami semua ilmu berkaitan Islam untuk kita mengkritik.

17 years 4 months ago
1601 Siapa Yang Layak Digelar Pakar Hadith?

Oleh alitantawi

Sejak saya mula mengenali hadith (SPM ada subjek Al Quran Sunnah) sampailah ke peringkat belajar hadith di universiti secara formal atau tidak, saya sering tertanya, siapakah yang benar-benar layak digelar ahli hadith/pakar hadith/muhaddith? Orang yang banyak hafal hadith? Orang yang hafal matan mustolah hadith (kaedah-kaedah kajian hadith)? Orang yang banyak beli buku hadith? Orang yang banyak tulis buku hadith? Orang yang boleh check setiap hadith sahih atau tidak? Orang yang banyak beramal dengan hadith? Orang yang mampu membaca kitab-kitab hadith dalam Bahasa Arab? Orang yang hafal nama buku-buku hadith? Dan sebagainya…

Bila melihat ulama-ulama silam, boleh dikatakan semuanya pakar hadith. Tapi siapa lebih hebat? Al Bukhari? Ibn Hajar?

Bila melihat ulama-ulama moden, siapa pula yang boleh digelar pakar? Al Albani? Abu Ghuddah? Al Ghumari?


17 years 4 months ago
1602 Aqidah rufaqa: Abuya boleh runding ttg sakit, nazak dan kematian (dengan sarikat

Berikut ini adalah sarikata petikan video di bawah:

Baik ya.. Nak bagi ceritalah siapa mursyid sebenarnya dengan kita.
Baiklah.. Katalah kita ni dah ditaqdirkan nak jatuh sakit, mula-mula yang dapat tahu, yang dibagitahu Abuya dulu. Kalau kita ni murid Abuya lah.

Abuya dulu yang dapat tahu yang kita bakal nak jadi sakitkan Tuhan. Abuya boleh tanya pulak tu, sakitnya macamana, berat tak berat? Sekian-sekian sakitnya. Lepas tu Abuya tengok pula kita punya iman. Huh! Dia ni iman dia ni boleh tahan. Sakit-sakit tara ni ni, dia boleh ni. Ok! sakitlah..


17 years 5 months ago
1603 Sejarah Ringkas Syiah

Di bawah ini adalah ringkasan sejarah kelompok rofidhoh, kanker yang menggerogoti umat islam, akan kita bahas peristiwa penting dalam sejarah mereka dengan menyebutkan peristiwa yang secara langsung berkaitan dengan mereka.

14 H. peristiwa yang terjadi pada tahun 14 H inilah pokok dan asas dari kebencian kaum rofidhoh terhadap Islam dan kaum muslimin, karena pada tahun ini meletus perang Qodisiyyah yang berakibat takluknya kerajaan persia majusi,nenek moyang kaum rofidhoH. Pada saat itu kaum muslimin dibawah kepemimpinan Umar bin Khottob Radhiyallahu Anhu.


17 years 5 months ago
1604 zikir Allah..Allah..Hu..Hu..Ah..Ah...

Berikut adalah beberapa fakta tentang zikir Allah..Allah, Hu…Hu dan Ah..Ah…:

Berdasarkan pembacaan, perbincangan dan sesi pembelajaran , saya cuba membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:

1-     Ia tidak ada di dalam hadith-hadith sahih.

2-     Ia tidak pernah dibuat oleh para sahabat

3-     Ia tidak pernah dibuat oleh para imam mazhab yang empat (Abu Hanifah, Malik, al Syafie, Ahmad)


17 years 5 months ago
1605 Wahai Sahabat, Jangan Cepat Melatah

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebut keaiban sesiapa yang mempunyai penyakit ‘cepat melatah’. Saya menggunakan istilah melatah ini untuk menggambarkan sikap segelintir agamawan (ustaz/ustazah/protaz/protazah) yang cepat melatah apabila mendengar sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Maksud melatah di sini ialah cepat menyalahkan sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Pendapat yang ‘pelik’ di sini ialah pendapat yang tidak pernah mereka tahu atau tidak pernah mereka dengar. Maka mereka cepat menyalahkan pendapat tersebut dan menghukum orang yang berpendapat sedemikian (dengan pelbagai gelaran). Inilah ‘melatah’ yang saya maksudkan.


17 years 5 months ago