Displaying 1426 - 1440 of 1659
1426 Mufti Hj Said, Bekas Mufti Sabah Yang Disayangi Umat Islam

Sebelum ini saya kemukakan ulama yang saya kagumi, iaitu bekas Mufti Johor al-Marhum Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad yang dicanangkan sangat anti dengan Kaum Muda. Kali ini kita lihat seorang lagi ulama hebat yang juga bekas mufti. Iaitu bekas Mufti Sabah Haji Said bin Haji Ibrahim. Seorang tokoh ulama yang juga saya kagumi.


13 years 8 months ago
1427 [Indeks] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

[Indeks] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1
0001: Ibadhiyyah
0002: Al-Ikhwan al-Muslimun
0003: Orientalisme
0004: Isma'iliyyah
0005: El Opus Dei
0006: Babiyyah dan Baha'iyyah
0007: Bareilawisme


13 years 8 months ago
1428 Al-Azhar Syarif menghantar kajian akademik mengenai para sahabat ke Iran

Al-Azhar Syarif telah memutuskan untuk menghantar kajian akademik mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w kepada komuniti Syiah dan Iran. Ini adalah salah satu langkah kesedaran agar mereka tidak berterusan di dalam menghina dan mencerca para sahabat.

Di dalam majlis penutup persidangan Buhuth Islamiyah yang ke-14, Syekhul Azhar Doktor Muhammad Syed Tantawi berkata  "Sesungguhnya kami memilih tajuk Para Sahabat Rasulullah s.a.w pada persidangan kali ini kerana kami sering mendengar penghinaan dan tohmahan terhadap mereka. Oleh itu kami bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Para Sahabat kepada seluruh manusia dan hubungan mereka dengan Ahli Bait.  Di dalam masa yang sama dapat menghindarkan fitnah dan tohmahan yang sering dilemparkan oleh sebahagian Syiah. Semoga kajian ilmiah ini akan menyedarkan mereka dan seterusnya menghormati para Sahabat Rasulullah s.a.w.

 


13 years 8 months ago
1429 [Ebook] Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab oleh Maryam Jameelah

Ebook bertajuk Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab oleh Maryam Jameelah

Isikandungan:
1. Sheikh Muhammad Abdul Wahab pelopor gerakan Wahabi   
2. Gerakan Sanusi   
3. Sheikh Uthman dan Fodio   
4. Mahdi di Sudan   
5. Sheikh Hassan al Banna   
6. Al Ikhwan al Muslimin


13 years 8 months ago
1430 Di antara Sirah dan Sunnah : Penyebab kekeliruan dan kesilapan

Salah satu sebab punca kesalahan dan kekeliruan di dalam Feqh As-Siasi ialah kekeliruan  menggunakan sirah sebagai hujjah. Di dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama. Sementara Sunnah adalah sumber syariat dan hujjah yang kedua selepas Al-Quran. Sunnah ialah penerang, pentafsir dan praktikal baginya.

Akan tetapi kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan meletakan sirah di tempat Sunnah dan menjadikan sirah sebagai dalil dan hujjah sepertimana peranan Al-Quran dan Sunnah.


13 years 8 months ago
1431 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Berikut ini adalah Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM cetakan 2009. Setebal 80 halaman, mengandungi 8 bab yang terdiri dari:
Bab 1: Aqidah
Bab 2: Ibadah
Bab 3: Sosial/Syariah
Bab 4: Muamalat/Ekonomi


13 years 8 months ago
1432 (INDEKS) Kuliah 2 Munyah al-Musholli Dr Abd Basit Abd Rahman

Kuliah Munyah al-Musholli oleh Dr Abd Basit Abd Rahman

Kuliah 2:

- Mukadimah kitab

- Penjelasan tentang syafaat Nabi s.a.w.

- Bagaimana untuk mendapat syafaat


13 years 8 months ago
1433 Memiliki Pandangan Kontroversi?

Artikel Syekh Salman Audah kali ini sangat menarik untuk sama-sama kita renungi, kerana kita adalah salah seorang yang sangat gemar melontarkan sesuatu pandangan yang kontroversi dan sering mempertahankan apa yang kita pegangi. Di dalam masa yang sama kita sangat gemar mengkritik pendapat orang lain dengan cara yang sangat salah. Terima dan ubahlah sikap seperti mana yang telah disarankan oleh Syekh Salman Audah ini walaupun terpaksa memusnahkan tembok keegoan kita.


13 years 8 months ago
1434 Fatwa Mufti Selangor: Jamak Kerana Sakit

Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.


13 years 8 months ago
1435 [Video] Pengaruh Syiah dalam Tasauf

Mengandungi 16 siri video. Maksud Tasauf  - Menerima Tasauf yang selari dengan al-Quran dan as Sunnah - Menolak Tasauf yang menerima pengaruh luaran - Perlu berhati-hati dengan perkataan tokoh sufi
Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff di Persatuan Muhamadiyah Singapura


13 years 8 months ago
1436 Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W

Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

 


13 years 8 months ago
1437 Cintai Nabimu: Siri Pemurnian Sirah: Nur Muhamad

Cintai Nabimu! Bersihkanlah apa yang tidak benar tentang dirinya. Murnikan sirahnya dari sebarang bentuk pembohongan. Antaranya ialah tentang Nur Muhammad.
-Asal Usul Nur Muhamad - Apakah ada hadis sahih mengenainya - Bila munculnya - Siapa dan kitab apa yang menyebarkan idea ini - Bahaya Nur Muhamad terhadap aqidah umat Islam


13 years 8 months ago
1438 Maulid Nabi dalam Perspektif Sejarah

Oleh Prof K.H. Ali Mustafa Yaqub, M.a (Sedutan bukunya: Islam masakini)

Dalam pengajian-pengajian maulid, para muballigh di surau-surau sering mengumandangkan ucapan-ucapan yang diklaim sebagai sabda Nabi saw. Ucapan-ucapan itu adalah,

"Barangsiapa mengagungkan hari kelahiranku, maka kelak ia akan tinggal di surga bersamaku,"

atau 'hadis' lain seperti,

"Barang­siapa mendermakan satu dirham untuk merayakan hari kelahiranku maka tak ubahnya ia mendermakan emas sebesar Gunung Uhud,"

dan lain sebagainya.


13 years 8 months ago
1439 Maulid Tak Ada Fadhilat: Faisal Tehrani Sanggah TG Nik Abd Aziz

Oleh Faisal Tehrani

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)


13 years 8 months ago
1440 Apakah kaitan selawat dengan sambutan Maulidur Rasul?

Ada seorang rakan bertanya, " Kenapa kita perlu berselawat ketika mengadakan perarakan sambutan Maulidur Rasul? ". Tergaru-garu juga kepala nak menjawab sebab di akhir soalan beliau menambah "Bukankah selawat dibaca ketika menyambut kedatangan Nabi S.A.W  apabila sampai dari Mekah ke Madinah ketika hijrah? Apa kaitannya dengan kelahiran Nabi?.

 


13 years 8 months ago