Fatwa Ulama dan Hukum-hakam

  • Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bidah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bidah itu saiyiah/keji", maka apakah mungkin ada bidah lain dari bidah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bidah hasanah. Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bidah.. Tetapi bidah hasanah.

  • TG Nik Abdul Aziz Nik Mat komen tentang perarakan Maulid (April 2008): "Orang seronok dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah ikut sama berarak atas jalan.."

    TG Hj Abd Hadi Awang: "Ingatlah wahai umat Islam. Kita tidak disuruh menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk itu. Malah kelahiran Nabi s.a.w. tidak s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat. Apa yang wajib ialah kita menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengan sunnahnya dan mengikut sehingga hari kiamat."

  • Saya ditanya kawan-kawan tentang hukum melakukan solat sunat berjamaah untuk solat yang tidak disunatkan dilakukan secara berjamaah. Contohnya solat hajat. Solat dhuha. Solat tahajjud dan lain-lain lagi. Berikut ini saya kemukan beberapa fatwa ulama mengenainya.

  • Terjemahan oleh zain-ys - Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?


  • Oleh: zain-ys

    Dari Anas bin Malik ia berkata;

    "Saya membawa Abdullah Bin Abu Thalhah al Anshari pergi menemui Rasulullah s.a.w ketika dia baru dilahirkan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. memakai 'aba'ah (jubah  yang luas lengannya). Dan, Baginda sedang melumuri ubat pada untanya.

    Maka (Rasulullah s.a.w) bertanya padaku; "Apakah kamu membawa kurma?". Saya menjawab; ya.  Beliau kemudian mengambil beberapa kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut beliau dan melembutkannya.

    Setelah itu beliau membuka mulut bayi dan disuapkan padanya, bayi itu mulai menjilatinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Kesukaan orang Anshar adalah kurma." Kemudian (Rasulullah s.a.w. memberinya nama Abdullah. (HR Muslim)

  • Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan bagi orang-orang Islam diMalaysia. Di negara jiran ia dikenali sebagai Hari Lebaran atau Eidul Fitri. Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari 'turn over' atau assimilasi kalimah-kalimah arab kedalam Bahasa Malaysia. Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu' ketiga atau 10 malam terakhir Ramadan.

  • Soalan: Isteri saya telah tertinggal puasa pada bulan Ramadhan yang lepas (tahun hijrah 1419) sebanyak 9 hari kerana masalah kesihatan. Sekarang ini sudah masuk bulan Ramadhan 1420 Hijrah. Jadi, bagaimanakah untuk membayar fidyah bagai puasa yang telah ditinggalkan itu. Bolehkah membayar fidyah dengan menggunakan wang tunai sebagai ganti beras? kalau boleh.. berapakan jumlah bayaran wang tunai bagi membayar fidyah (untuk satu hari, satu cupak beras) Sekian

  • - Bolehkah kita meletakkan sesuatu yang berunsur patung di dalam kenderaan? (bukan untuk tujuan permainan, tetapi perhiasan). Contohnya: key chain yang ada patung kangaroo, patung koala dan sebagainya.
    - Bagaimana pula jika ia digunakan? Contohnya: Bekas tisu yang ada patung kangaroo

  • Seperti dijangka, Jawatankuasa Fatwa Perak mengharamkan tarian poco-poco kerana ia merupakan ‘cara ibadat bukan Islam’. Ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Perak, Sohibus Samahah, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau dipetik sebagai berkata, "saya kata haram sebab itu (tarian poco-poco) berasal dari cara ibadat bukan Islam, walau apa jua tujuan yang kita buat termasuk senaman, ia tetap haram". (Lihat: themalaysianinsider.com) Secara prinsipnya, tata cara ibadat bukan Islam, memang tidak boleh dipraktikkan oleh umat Islam. Ini kerana, Islam menegah penganutnya menyerupai perlakuan yang khusus bagi bukan Islam.

  • Kedatangan beliau dinanti-nantikan bagai menunggu artis terkenal yang akan membuat persembahan agungnya dipentas. Nama Prof Dr Wahbah al-Zuhaily memang tidak asing lagi dikalangan pengemar buku-buku agama.

Artikel Berkaitan