Al-Quran dan al-Hadis

  • Antara keistimewaan Sahih Muslim ialah, Imam Muslim berpegang teguh dengan perbezaan istilah AKHBARANA & HADDATSANA. Sama seperti pegangan Imam al-Syafii, al-Auza'i dan al-Nasa'i. Ini berbeza dengan imam al-Bukhari dan lain-lain yang menganggap dua istilah itu tiada perbezaan.

  • Ramai yang mendakwa bahawa Saidina Ali digelar sebagai Karramallahu Wajhah, antaranya ialah kerana beliau tidak pernah melihat kemaluannya. Ada juga yang mendakwa kerana beliau tidak pernah menyembah berhala. Bernarkah dakwaan ini? Benarkah Saidina Ali satu-satunya sahabat yang tidak pernah menyembah berhala? Siapakah sebenarnya yang memanggil Karramallahu Wajhah dan menyebarkannya? Syiah atau Ahlus Sunnah?

  • Hadis Tuntutlah Ilmu Sekalipun Di Negeri Cina memang cukup popular. Namun, tidak ramai yang tahu status sebenar hadis berkenaan. Apakah hadis ini sahih atau lemah/dhaif atau palsu? Pakar hadis Indonesia Prof KH Ali Mustafa Yaqub membongkar statsu hadis ini. Disertkan juga dengan infografik menarik

  • Apa maksud Dua rakaat-dua rakaat? Bolehkah empat rakaat-empat rakaat atau lebih? Siapakah lelaki yang bertanya kepada Nabi s.a.w.? Apa maksud perawi mubham? Apa maksud mursal sahabi?

  • Dari 3 sessi kuliah Maulana Asri. Dengan 5 masalah dan 7 klip video penuh dengan grafik dan catatan kaki. + Bonus poster infografik agar setiap masalah lebih mudah difahami.

  • Dalam video siri 01 ini, Maulana Asri akan mendedahkan kepada kita mazhab yang mengatakan air kencing dan tahi binatang berkenaan adalah suci. Ia tidak dianggap najis. Maulana akan bacakan syarah Sahih Muslim karya Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani. Kita akan didedahkan dengan hujah dan dalil dari kedua-dua belah pihak. Memang kagum kita dengan penghujahan mazhab-mazhab ini. Pening kepala kita, sebab semuanya kuat dan mantap!

  • Perbincangan setiap mazhab lebih menarik lagi. Begitu juga dengan hujah balasnya. Dengan mengikuti perbahasan ini dapat kita rasakan betapa luasnya feqh Islam itu. Betapa Islam itu mempunyai dasar ajaran yang mengundang berlakunya perselisihan pendapat. Di mana dengan cara begini umat Islam terus menerus dirangsang dan didorong untuk berfikir dan menggali khazanah lautan ilmu yang cukup luas dalam satu-satu masalah.

  • Persoalannya, apakah dalam qisas wajib mumatsalah? Mumatsalah ialah serupa. Contohnya penjenayah membunuh seseorang dengan menjatuhkannya dari tempat yang tinggi. Apakah dia perlu dihukum bunuh menggunakan cara yang sama, iaiatu dengan menjatuhkannya dari tempat yang tinggi sehingga mati juga? Video ini akan dipenuhi dengan catatan-catatan ringkas yang membuatkan pengajian ini amat-amat mudah difahami dan diikuti.

  • Status Hadis: Dari Anas bin Malik katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim. Dan orang yang meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya adalah seperti mengalungkan babi dengan mutiara, intan dan emas.

  • Masalah Hirabah/Mengganggu Ketenteraman Awam: Dalam Hadis 'Uraniyin, mengapa kabilah 'Urainah dihukum bunuh? Atas alasan hirabah atau murtad? Apa itu Hirabah? Apa pandangan Maulana Taqi al-Utsmani mengenai hirabah? Untuk mensabitkan hirabah, apakah disyaratkan bersenjata?

Artikel Berkaitan