Berita dan Artikel

  • Ulama Muda UMNO Serang Pemimpin Kanan Sebuah Partai Yang Condong Syiah

    Tokoh Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari mula menyerang sebuah pertubuhan yang pemimpin kanannya sangat cenderung kepada Syiah. Katanya "Apabila ada dalam kelompok-kelompok tertentu.. Seorang tokoh, yang dilihat pro.. Condooong.. Sangat-sangat condong..  Kepada Syiah. Apabila ditanya kepada beliau, baru-baru ini beliau mendapat satu jawatan.. Di antara jawatan tertinggi dalam kelompok atau partai tertentu...."


    Selanjutnya, tonton video di bawah:


  • Sheikh Mustafa al-Zarqa (1907-1999M) : Tokoh Fiqh Muamalat dan Undang-Undang

    Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M. Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.


  • Tafsir al-Manar dan Aspirasi Pembaharuan


    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF



    Tafsir al-Manar merupakan antara tafsir al-Qur’an yang terbaik yang mengetengahkan manhaj tafsir yang bercorak adabi ijtima‘i (sastera dan budaya), yang menzahirkan kekuatan analisis dan keupayaan fiqh yang tinggi. Ia menyerlahkan kefahaman tentang adab dan akhlak Islam, kehidupan masyarakat dan gejolak kebangkitan rakyat di Mesir. Tafsir al-Manar diilhamkan dari pengaruh Majallah al-Manar yang dikarang oleh Imam Muhammad Abduh dan Shaykh Muhammad Rashid Rida yang menyeru kepada pemberdayaan akal dan ijtihad.



  • Lancar Buku Anti Syiah: Tokoh Ulama Muda UMNO Ucap Tahniah Pada MB Kedah

    Petikan dari orang besar Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari dalam facebooknya: Tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana melancarkan buku percuma, "Kenapa Aku Tinggalkan Syi'ah" karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi (bekas pembantu Khomeini laknatullah). Semoga sedikit sebanyak membantu dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran Syi'ah.


  • Novel "Imam" SN Abdullah Husein: Melakari Pemahaman Hal-hal Ugama dengan Kritis

    Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front (IRF)






    "Kita bersolat hanya kerana pengaruh kebiasaan, pengaruh keadaan dan pengaruh tradisi. Sebab itu solat kita pada masa kanak-kanak, remaja, dewasa sama saja lalai"



    (Halaman 338).



    Lantas, ini adalah sebahagian petikan yang diambil daripada novel tulisan SN Abdullah Husein yang memenangi Hadiah Novel Nasional 1992 - 1994. Novel ini bertajuk 'Imam'. Mungkin, ramai di antara kita mula mengenali beliau menerusi kontroversi Interlok. Namun, karya beliau yang benar-benar mengghairahkan adalah 'Imam'.



  • [Dari Media Syiah] Pelancaran buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah: Laporan polis Syiah terhadap MB Kedah

    Dari Media Syiah:
    (Reaksi Syiah Kedah terhadap pelancaran buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah" oleh Menteri Besar Kedah.)


    Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada 15 Disember, pukul 10 pagi bertempat di Ibupejabat Polis daerah Kota Setar, ustaz Abdullah bin Hasan selaku wakil masyarakat Syiah di negeri Kedah Darulaman membuat laporan polis berhubung pelancaran buku anti-Syiah oleh Menteri Besar Kedah, Azizan bin Abdul Razak suatu ketika dahulu.


  • DYMM Tuanku Sultan Kedah Rasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah

    Tolak segala fahaman yang menyesatkan


    ALOR SETAR, 25 Oktober - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bimbang melihat umat Islam hari ini yang berpecah dan berbalah sesama sendiri.


    “Cukuplah berbalah dan berpecah kerana isu dan fahaman politik, janganlah berpecah lagi kerana sebab fahaman agama pula,” titah baginda ketika merasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman.


  • Blog Syiah Dakwa Azizan Abdul Razak & Aziz Hanafi Diperalatkan Oleh Terorist Wahabi

    Sebuah artikel dari blog Syiah unggaspagi.blogspot.com yang membidas tindakan MB Kedah dan Dr Aziz Hanafi mendokong usaha membenteras ajaran Syiah Imamiah dari terus berkembang di negeri itu. Penulis cuba mengaitkan usaha kerajaan Negeri Kedah ini didalangi oleh Wahabi yang mereka dakwa sebagai terorist.


    Mari kita baca apa kata mereka;


  • Mahkamah Batal Saman Pengikut Syiah Terhadap Utusan

    KUALA LUMPUR, 14 Dis -- Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pada Rabu berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.


    Hakim Datuk V.T.Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M.Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.


  • Kamilzuhairi Bidas al-ahkam.net Isu Penyiaran Rakaman Dialog

    Terima Kasih JAIP
    Oleh
    Mohd Kamilzuhairi Abd. Aziz


    Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridhwan khasnya Bahagian Penyelidikan JAIP yang diketuai oleh Us.Ashraf Ismail, Pejabat Agama Islam Bagan Serai dan semua wakil pihak berwajib negeri Perak mahu pun peringkat kebangsaan yang hadir kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan yang dipanggil ''Pengikut Syiah'' untuk mengambil bahagian  dalam majlis yang julung kali dianjurkan dan tidak lupa juga berterima kasih kepada beberapa orang aktivis Wahabi tanahair yang hadir bagi melaksanakan tugasan mereka walau dengan apa motif sekalipun


  • Apabila penzina menghina Islam

    Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah


    Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.


  • Alaa Ustaz Sistem Kewangan Islam Sama Saja Dengan Sistem Konvensional

    Oleh Asifa Anuar


    Sering kita lihat si jahil yang mengkritik dan membetulkan pendapatnya, tapi yang kelihatan hanya kejahilannya.



    Malam ini aku sempat mendengar satu perbincangan yang kelihatan canggung di mata ahli akademik dan susah diterima realiti. Walaupun perbincangan tak rasmi di kedai kopi, tapi aku anggap ini satu dari beribu manusia di luar sana yang masih gagal mentafsir Islam dari kaca mata ilmu dan hakikat. Perbincangan antara seorang ustaz yang aku kenal dengan kefahaman akademiknya dengan seorang ahli jemaah di sebuah surau di pinggir bandar Shah Alam sebentar tadi, betul-betul menarik minat aku. Banyak tajuk yang di ketengahkan, dan salah satunya berkisar kepada sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia.



  • Perkongsian Antarabangsa: Apa sebenarnya berlaku di Syria?

    SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.


     


  • Kerana Tiada Muslim Disekelilingnya, Aysha Belajar Sembahyang Melalui Internet

    1. Bersyukur Dapat Belajar Islam
    Bagi Aysha, Islam bukanlah sesuatu yang asing. Wanita yang berasal dari Hungary Utara ini, biasa mendengar perkataan Islam itu sejak di bangku sekolah  menengah rendah lagi. Apa tidaknya, negara tempat tinggalnya merupakan salah satu bekas 'jajahan' Turki selama 150 tahun.


    Pengetahuannya tentang Islam banyak diperolehinya melalui subjek sejarah. Islam cukup memberi kesan di dalam benaknya. Lulus sekolah menengah atas, dia mengambil jurusan biologi molekuler.


  • Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia

    Oleh Ustaz Aizam Mas'ud (JAKIM)


    Dalam tempoh sebulan ini, penulis berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa penganut tegar Syiah di Malaysia. Satu di Melaka anjuran Jabatan Mufti Melaka dan satu lagi di Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak (sepatutnya satu lagi di Johor tetapi dibatalkan tanpa diketahui sebabnya, wallahu a'lam). Apa yang mengujakan apabila ketua Syiah Malaysia, "Hujjatul Islam" Kamil Zuhairi Abdul Aziz sanggup turun sebagai panel utama Syiah dalam dialog di Perak. Apa pun, berdasarkan pemerhatian dan penelitian penulis dalam siri-siri dialog tersebut, golongan Syiah dapat disimpulkan seperti berikut:


  • (Download MP3) Ustaz Nasim & Ustaz Aizam Berdepan Dengan Tokoh Syiah Malaysia

    Ustaz Nasim (Abu Naaielah): "Alhamdulillah semalam berlangsung dialog dgn pihak Syi'ah. saya bersama Ustaz Aizam Mas'ud berdepan dgn tokoh syi'ah m'sia Kamil Zuhairi bersama Dr Azmi seorang doktor homoepati di Kemunting Perak. Dengar bagaimana pihak syi'ah mengelak dari menjawab soalan dan berbelit2 lari dr tajuk.. Insyaallah video akan diberikan oleh pihak jaip kpd saya tidak lama lagi.."


  • [BARU TERBIT] Antara Sunnah Dan Bid'ah Oleh Syeikh al-Qaradhawi

    Tajuk buku: Antara Sunnah Dan Bid'ah
    Penulis: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
    Penterjemah: Muhammad Abdul Kadir Bin Sahak
    Halaman: 102m/s
    Harga: RM7.90 (SM) / RM8.90 (SS)
    Kod: PJ-2135


    Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya:


  • Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

    Parameter Pelaburan Emas


    Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia



    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:



  • PAS Itu Syiah? PAS Diresapi Syiah? Apa Penjelasan Ketua Pemuda PAS

    Petikan dari FB Ustaz Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat menjawab asakan sebahagian orang yang menuduh PAS sebagai sarang Syiah. PAS sebagai telah diresapi oleh Syiah. PAS juga dipaksakan untuk mengaku dengan semua yang dituduh itu. Mari kita baca apa penjelasan dari beliau. Kita pertimbangkanlah dengan akal yang waras:


  • Dengan Ilmu, Tiada Istilah Buang Masa

    Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz


    "Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan"


    Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan?


  • [Syarah Sahih Muslim] Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w.? Ke Syurga Atau Neraka?

    Oleh zain-ys (Berdasarkan syarah Sahih Muslim Maulana Mohd Asri)



    Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah



    Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”