Fatwa Ulama dan Hukum-hakam

  • Kedatangan beliau dinanti-nantikan bagai menunggu artis terkenal yang akan membuat persembahan agungnya dipentas. Nama Prof Dr Wahbah al-Zuhaily memang tidak asing lagi dikalangan pengemar buku-buku agama.

  • Oleh: Shamsul Muda


    Mufti Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah ditanya tentang hukum seorang wanita menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.

    Apakah dibolehkan sedangkan dalam kereta tersebut, hanya terdapat mereka berdua sahaja, iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita?

    Menjawab soalan itu, Syaikh Ali Jum’ah menfatwakan, secara dasarnya, seorang wanita BOLEH menaiki kereta bersama seorang lelaki.

  • Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Darul Ifta' Mesir dijawab oleh dewan fatwa mengenai dua masalah iaitu: 1. Apa hukum menunaikan solat menggunakan pembesar suara
    2. Apa hukum mengumandangkan bacaan al-Quran dan tawasyih melalui pembesar  suara dengan sangat kuat lebih kurang sejam sebelum azan Subuh?

  • Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak Celcom Mobile Sdn. Bhd. hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka sebagai amil atau agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh tertentu yang dibenarkan oleh pihak Majlis.

  • Oleh: Shamsul Muda


    Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

    Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

    Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd

  • Samak itu juga perlu meliputi anggota badan secara lahiriah termasuk muka dan bibir yang terkena benda haram selagi ia boleh dilalui air. Bahagian dalam badan termasuk mulut dan lidah, tidak perlu disamak kerana Islam tidak membebankan dan menyukarkan umatnya..

  • Persoalan: Bolehkah bertabaruk dengan kesan-kesan peninggalan Nabi s.a.w. seperti rambut dsbgnya.. Benarkah dakwaan tentang kewujudan seperti rambut Nabi s.a.w., pedangnya sebagainya? Bolehkah kita bertabaruk dengan contoh rambut yang didakwa sebagai rambut Nabi s.a.w.?

  • Pamplet dari Dr Abdul Basit Abd Rahman yang mengandungi artikel berkenaan Puasa 6 hari dalam Bulan Syawal, Hukum menggabung Puasa Qadha' dan Sunat. Sila baca, ambil dan sebarkan.

  • Tsa'labah bin Abdurrahman telah berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w, dalam segenap perkara. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengutusnya untuk satu keperluan. Dalam perjalanannya dia melalui rumah sahabat Ansar lalu terlihat wanita Ansar sedang mandi. Kemudian timbul rasa takut akan turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai perbuatannya itu. Tsa'labah di dalam kisah ini adalah Tsa'labah bin Abdur Rahman. Beliau bukanlah Tsa'labah dalam kisah palsu tidak menunaikan Zakat. Tsa'labah dalam kisah berkenaan bernama Ts'labah bin Hatib al-Ansari.

Artikel Berkaitan