Sebelum ini saya kemukakan ulama yang saya kagumi, iaitu bekas Mufti Johor al-Marhum Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad yang dicanangkan sangat anti dengan Kaum Muda. Kali ini kita lihat seorang lagi ulama hebat yang juga bekas mufti. Iaitu bekas Mufti Sabah Haji Said bin Haji Ibrahim. Seorang tokoh ulama yang juga saya kagumi.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Berita dan Artikel
-
Mufti Hj Said, Bekas Mufti Sabah Yang Disayangi Umat Islam
-
[Indeks] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1
[Indeks] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1
0001: Ibadhiyyah
0002: Al-Ikhwan al-Muslimun
0003: Orientalisme
0004: Isma'iliyyah
0005: El Opus Dei
0006: Babiyyah dan Baha'iyyah
0007: Bareilawisme
-
Al-Azhar Syarif menghantar kajian akademik mengenai para sahabat ke Iran
Al-Azhar Syarif telah memutuskan untuk menghantar kajian akademik mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w kepada komuniti Syiah dan Iran. Ini adalah salah satu langkah kesedaran agar mereka tidak berterusan di dalam menghina dan mencerca para sahabat.
Di dalam majlis penutup persidangan Buhuth Islamiyah yang ke-14, Syekhul Azhar Doktor Muhammad Syed Tantawi berkata "Sesungguhnya kami memilih tajuk Para Sahabat Rasulullah s.a.w pada persidangan kali ini kerana kami sering mendengar penghinaan dan tohmahan terhadap mereka. Oleh itu kami bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Para Sahabat kepada seluruh manusia dan hubungan mereka dengan Ahli Bait. Di dalam masa yang sama dapat menghindarkan fitnah dan tohmahan yang sering dilemparkan oleh sebahagian Syiah. Semoga kajian ilmiah ini akan menyedarkan mereka dan seterusnya menghormati para Sahabat Rasulullah s.a.w.
-
[Ebook] Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab oleh Maryam Jameelah
Ebook bertajuk Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab oleh Maryam Jameelah
Isikandungan:
1. Sheikh Muhammad Abdul Wahab pelopor gerakan Wahabi
2. Gerakan Sanusi
3. Sheikh Uthman dan Fodio
4. Mahdi di Sudan
5. Sheikh Hassan al Banna
6. Al Ikhwan al Muslimin
-
Di antara Sirah dan Sunnah : Penyebab kekeliruan dan kesilapan
Salah satu sebab punca kesalahan dan kekeliruan di dalam Feqh As-Siasi ialah kekeliruan menggunakan sirah sebagai hujjah. Di dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama. Sementara Sunnah adalah sumber syariat dan hujjah yang kedua selepas Al-Quran. Sunnah ialah penerang, pentafsir dan praktikal baginya.
Akan tetapi kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan meletakan sirah di tempat Sunnah dan menjadikan sirah sebagai dalil dan hujjah sepertimana peranan Al-Quran dan Sunnah.
-
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Berikut ini adalah Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM cetakan 2009. Setebal 80 halaman, mengandungi 8 bab yang terdiri dari:
Bab 1: Aqidah
Bab 2: Ibadah
Bab 3: Sosial/Syariah
Bab 4: Muamalat/Ekonomi
-
(INDEKS) Kuliah 2 Munyah al-Musholli Dr Abd Basit Abd Rahman
Kuliah Munyah al-Musholli oleh Dr Abd Basit Abd Rahman
Kuliah 2:
- Mukadimah kitab
- Penjelasan tentang syafaat Nabi s.a.w.
- Bagaimana untuk mendapat syafaat
-
Memiliki Pandangan Kontroversi?
Artikel Syekh Salman Audah kali ini sangat menarik untuk sama-sama kita renungi, kerana kita adalah salah seorang yang sangat gemar melontarkan sesuatu pandangan yang kontroversi dan sering mempertahankan apa yang kita pegangi. Di dalam masa yang sama kita sangat gemar mengkritik pendapat orang lain dengan cara yang sangat salah. Terima dan ubahlah sikap seperti mana yang telah disarankan oleh Syekh Salman Audah ini walaupun terpaksa memusnahkan tembok keegoan kita.
-
Fatwa Mufti Selangor: Jamak Kerana Sakit
Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.
-
[Video] Pengaruh Syiah dalam Tasauf
Mengandungi 16 siri video. Maksud Tasauf - Menerima Tasauf yang selari dengan al-Quran dan as Sunnah - Menolak Tasauf yang menerima pengaruh luaran - Perlu berhati-hati dengan perkataan tokoh sufi
Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff di Persatuan Muhamadiyah Singapura
-
Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W
Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.
“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]
-
Cintai Nabimu: Siri Pemurnian Sirah: Nur Muhamad
Cintai Nabimu! Bersihkanlah apa yang tidak benar tentang dirinya. Murnikan sirahnya dari sebarang bentuk pembohongan. Antaranya ialah tentang Nur Muhammad.
-Asal Usul Nur Muhamad - Apakah ada hadis sahih mengenainya - Bila munculnya - Siapa dan kitab apa yang menyebarkan idea ini - Bahaya Nur Muhamad terhadap aqidah umat Islam
-
Maulid Nabi dalam Perspektif Sejarah
Oleh Prof K.H. Ali Mustafa Yaqub, M.a (Sedutan bukunya: Islam masakini)
Dalam pengajian-pengajian maulid, para muballigh di surau-surau sering mengumandangkan ucapan-ucapan yang diklaim sebagai sabda Nabi saw. Ucapan-ucapan itu adalah,
"Barangsiapa mengagungkan hari kelahiranku, maka kelak ia akan tinggal di surga bersamaku,"
atau 'hadis' lain seperti,
"Barangsiapa mendermakan satu dirham untuk merayakan hari kelahiranku maka tak ubahnya ia mendermakan emas sebesar Gunung Uhud,"
dan lain sebagainya.
-
Maulid Tak Ada Fadhilat: Faisal Tehrani Sanggah TG Nik Abd Aziz
Oleh Faisal Tehrani
Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.
Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)
-
Apakah kaitan selawat dengan sambutan Maulidur Rasul?
Ada seorang rakan bertanya, " Kenapa kita perlu berselawat ketika mengadakan perarakan sambutan Maulidur Rasul? ". Tergaru-garu juga kepala nak menjawab sebab di akhir soalan beliau menambah "Bukankah selawat dibaca ketika menyambut kedatangan Nabi S.A.W apabila sampai dari Mekah ke Madinah ketika hijrah? Apa kaitannya dengan kelahiran Nabi?.
-
Menilai Semula Tarikh Maulid Nabi
Isikandungan penting: Tarikh Maulid Nabi s.a.w. yang popular yang digunapakai oleh kebanyakan umat Islam 12 Rabiul Awwal. Sedangkan pendapat terkuat ialah 9 Rabiul Awwal. Tarikh 12 Rabiul Awwal adalah bersumber dari Syiah. Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini
-
Mesti Baca!!! Pendapat TG Nik Aziz & TG Hj Hadi Tentang Maulid
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat komen tentang perarakan Maulid (April 2008): "Orang seronok dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah ikut sama berarak atas jalan.."
TG Hj Abd Hadi Awang: "Ingatlah wahai umat Islam. Kita tidak disuruh menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk itu. Malah kelahiran Nabi s.a.w. tidak s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat. Apa yang wajib ialah kita menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengan sunnahnya dan mengikut sehingga hari kiamat."
-
Hukum mencelup tangan ke dalam bekas air
Masalah di sekitar hukum-hakam mencelup tangan ke dalam bekas air berdasarkan pandangan pelbagai mazhab.
-
TG Hj Hadi: Wahabi adalah ASWJ.. Asya'irah pun ASWJ.. Maturidiah juga ASWJ..
Wahabi sesat? Asya'irah bukan ASWJ? Itu hanya salah faham dari mereka yang tidak belajar sejarah tentasng aliran-aliran dalm aqidah. Semuanya adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Petikan Dialog Presiden PAS dan NGO Islam tentang isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
Pada 31 Jan 2010
Kredit: www.ann.com.my (Sumber asal video)
-
Ulama Azhar membantah penubuhan Pusat Pengajian Syiah
Para Ulama al-Azhar Syarif membantah cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah di Mesir sepertimana yang telah diumumkan oleh pemimpin Syiah Mesir Ahmad Rasim Nafis.
Bekas wakil Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmud Aasyur berkata bahawa cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah adalah perkara yang tidak perlu di Mesir, ini kerana Mesir telah memiliki pusat pengajian ulung iaitu Universiti Al-Azhar yang juga telah sekian lama diajar pengajian mazhab Syiah secara jujur dan adil di dalamnya.
-
Wawancara Dr Abd Basit: Krisis ASWJ dan Wahabi
Wawancara Utusan dengan Dr Abd Basit Abd rahman
Henti forum untuk tunjuk hebat
MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbincangan wahhabi ini, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia disimpulkan sebagai sesat?
DR. BASIT: Dalam membincangkan bab ini, kita perlu membezakan antara fiqh dan akidah.
Dalam bab fiqh, golongan wahhabi pada asasnya berpegang kepada mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali). Sebab itu, antara negara yang menyebar luaskan kitab fahaman ini adalah Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah yang telah ditahqiq (disemak dan dibetulkan kesilapannya cetak) secara ilmiah oleh Dr. Abdul Muhsin Al-Turki (Setiausaha Agong Rabitah Alam Islami). Dan hampir semua kitab-kitab besar mazhab Hambali itu sudah pun dicetak dan dibahagi secara percuma juga dijual.bukan hanya kitab fiqh, termasuk juga bidang hadis seperti musnad imam ahmad yang telah dicetak sebanyak 50 jilid