Penagih UMNO. Penagih UMNO dalam PAS. Satu istilah yang agak popular sekarang ini. Ia ditujukan kepada pendokong kerajaan perpaduan. Istilah itu bagaimanapun lebih banyak disasarkan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin (Ustaz Nasha).
Sumber Rujukan Islam Anda..
Berita dan Artikel
-
Penagih UMNO dalam PAS.. Bagaimana pula dengan penagih SYIAH?
-
Sister In Islam: Negara Islam, Hudud, murtad dan Peraturan Kawalan Moral
Kali ini kita cuba meninjau pandangan Sister In Islam tentang:
1. Negara Islam
2. Hudud
3. Hukuman Murtad
4. Peraturan Kawalan Moral
-
Ebook: Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?
Karangan: Syeikh Al-Allamah Dr. Husain Al-Musawi
Terjemahan oleh: Mohd Firdaus Hat, Abdul Hadi Awang, Mohd Nazrul Abd Nasir, Mohamad Rosli Talib
-
Sister In Islam: Pandangan Mereka Tentang Tudung dan Aurat Wanita
Oleh: zain-ys
Ringkasan pendapat mereka tentang aurat muslimah/tudung:
1. Pakaian tidak mencerminkan keimanan seseorang.
-
Sister In Islam: Satu Pengenalan
Oleh zain-ys
Selepas Muktamar Tahunan PAS ke-55 baru-baru ini, semua orang memperkatakan tentang Sister In Islam. Muktamar meluluskan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.
-
Ulasan Buku: Pemikiran HAMKA
Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.
-
JH-MANHAJ-008- BANTUAN UNTUK PENUNTUT ILMU HADITH #1
Berdasarkan perbincangan bersama rakan-rakan yang juga penuntut ilmu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi bersama salah satu perkara yang lebih merupakan bantuan untuk mana-mana penuntut ilmu dalam meningkatkan kemahiran dalam mempelajari ilmu hadith. Perkara tersebut ialah BACAAN HADITH BERJADUAL.
-
JH-MUTIARA-013- Kesan Solat 5 Waktu Pada Diri Mukmin
Oleh alitantawi
أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَىْءٌ. قَالُوا لاَ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَىْءٌ. قَالَ فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا.
Maksud hadith:
Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya akan kekal? Para sahabat menjawab: Kotorannya tidak akan kekal walau sedikit. Sabda Rasulullah SAW: Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah SWT menghapuskan dosa dengannya. (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
-
Ajaran Sesat - Konsep Negara Islam dan Keahlian Cara MLM
SEBUAH kumpulan ajaran sesat tidak bernama dikesan cuba mencari pengikut-pengikut baru di beberapa negeri di Malaysia. Pendedahan ini dibuat oleh seorang bekas pengikut ajaran ini kepada AL ISLAM.
Bekas pengikut ajaran itu, yang mahu dikenali sebagai Akhbar Ali, 23, mendedahkan, ajaran sesat yang bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang telus dan benar seperti zaman Rasulullah s.a.w. itu, sedang giat mencari pengaruh di Johor, Kuala Lumpur dan Pahang.
-
JH-MANHAJ-008- KENAPA PERLU ADA MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN?
* seperti yang sedia dimaklumi, tulisan dalam kategori ini adalah khusus untuk sahabat-sahabat yang berminat untuk mendalami tentang metodologi kajian hadith.
Kali ini bahan yang dicadangkan sebagai bacaan berkaitan isu al-Mutaqaddimun dan al-Mutaakhirun adalah hasil tulisan dua orang pensyarah daripada Universiti Umm al-Qura, Makkah iaitu : Dr. Ibrahim al-Laahim dan juga Dr. Al-Syarif Hatim al-Auni. Tulisan ini dipetik daripada satu perbincangan panjang di dalam laman web Multaqa Ahl al-Hadeeth (www.ahlalhdeeth.com).
-
BANTAHAN PROGRAM MUSAWAH ANJURAN SIS
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari ini
-
Pemuda Kahfi - Ajaran Sesat di UM
Saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita. Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Universiti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.
-
JH-MANHAJ-007- Siapa al-Mutaqaddimun? oleh Dr. Al-Syarif Hatim
- Sekali lagi JH AAN ingin mengemukakan satu lagi bahan cadangan untuk sahabat-sahabat peminat ilmu kajian hadith. Dalam artikel yang lalu, kita telah sama-sama melihat satu penulisan oleh Ketua Jabatan Hadith Universiti al-Anbar, Iraq iaitu Dr. Mahir Yasin Fahl dengan tulisannya berkaitan perbezaan antara manhaj ulama hadith terdahulu dan ulama hadith terkemudian.
-
JH-MUTIARA-012- Renungan Di Kala Umat Ditindas
Oleh alitantawi
Ketika umat Islam ditindas, dihina, dizalimi dan dibunuh di serata dunia khususnya ketika ini di Palestin, marilah kita merenung beberapa pesanan Rasulullah SAW berkaitan pembelaan seorang mukmin terhadap saudara seagama.
-
JH-MUTIARA-011- Marilah Berpuasa Di Bulan Muharram
PENDAHULUAN
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.
-
Pendirian JH al-ahkam.net Terhadap Syeikh al-Albani
Penjelasan oleh ustaz Adlan Abd Aziz @ alitantawi dari JH al-ahkam.net tentang pendirian JH terhadap syeikh Nasiruddin al-Albani.
-
JH-MANHAJ-006- RUJUKAN MUDAH UNTUK MEMAHAMI MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN
Oleh alitantawi
PERINGATAN:Kategori Manhaj adalah kategori yang diwujudkan khas untuk membincangkan beberapa persoalan berkaitan kajian hadith secara lebih terperinci.
Buat para peminat kajian hadith (terutama yang mempunyai asas Bahasa Arab), mungkin ada yang telah pun tahu tentang isu Manhaj al-Mutaqaddimun dan al-Mutaakhirun yang dibangkitkan dalam AAN. Namun seringkali kami di Jabatan Hadith AAN bertembung dengan persoalan berkaitan dari mana datangnya isu perbezaan manhaj ini? atau kadang-kadang dengan ayat lain mana anta dapat semua ni?.
-
JH-ASAS-010- Ungkapan Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Oleh: alitantawi
Seringkali kita membaca atau mendengar kata-kata seperti berikut:
- Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
- Hadith riwayat al-Syaikhan (2 orang syaikh)
- Hadith muttafaqun alaih (yang disepakati kesahihannya)
-
JH-MUTIARA-010- JADILAH PENYEBAB HIDAYAH, BUKAN PENYEBAR DHALALAH
alitantawi
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Maksudnya:
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
(Hadith riwayat Muslim no.6980)
-
JH-SEJARAH-006- BIODATA IMAM ALI BIN AL-MADINI
Bagi penuntut ilmu berkaitan Islam, terutama ilmu berkaitan hadith, pasti mereka akan mengenali Ali Bin al-Madini sebagai salah seorang tokoh terkemuka hadith salaf. Namun begitu, bagi sebahagian masyarakat yang kurang mengambil perhatian tentang ilmu hadith, nama Ali Bin al-Madini mungkin tidak begitu popular seperti nama-nama Imam hadith lain seperti al-Bukhari dan Muslim. Sedangkan Ali Bin al-Madini adalah di antara ulama tempat Imam Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan lain-lain lagi menuntut ilmu. Seperti biasa, terkadang murid lebih masyhur dari gurunya!