Cuba anda teka, perkataan di bawah dipetik dari blog siapa?
"Benar, hampir kurbannya ialah Ismail tetapi lupakah kita kurban yang lebih tragis ialah Husin? Ismail diganti dengan qibas, Husin tidak diganti. Aidil Adha apa yang kau rai?"
Sumber Rujukan Islam Anda..
Cuba anda teka, perkataan di bawah dipetik dari blog siapa?
"Benar, hampir kurbannya ialah Ismail tetapi lupakah kita kurban yang lebih tragis ialah Husin? Ismail diganti dengan qibas, Husin tidak diganti. Aidil Adha apa yang kau rai?"
Oleh: Abu Ismail (fathi_ali1427h@yahoo.com)
"Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam kitabnya "al-Nukat `Ala Ibni Solah" (m/s: 992), Abu Jafar Muhammad bin al-Husain telah menyebutkan dalam kitabnya "al-Tamyiz" daripada Syubah, al-Thauri, Yahya bin Said al-Qattan, Ibnu al-Mahdi, Ahmad bin Hanbal dan lain-lain bahawa jumlah hadith-hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W (iaitu hadith-hadith sahih tanpa berulang) adalah 4400 (empat ribu empat ratus) hadith"
Oleh Abu_Bukhari
1)Imam al-Thabrani meriwayatkan: Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-Ala bin Lajlaj daripada bapanya, katanya, berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid:
Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah di sisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.
Oleh emran_ahmad
Pada hari ini, saya melihat kewujudan ustaz-ustaz yang alim di dalam ilmu hadis di Malaysia yang merupakan satu hal yang sangat mengembirakan saya kerana tanggungjawab dan bebanan ilmiah sudah berkurang dengan memiliki insan yang berkualiti seperti Ustaz Adlan Aziz yang giat memberikan ceramah mengenai manhaj hadis al-mutaqadimin. Pada mulanya saya mengingatkan beliau ialah seperti orang-orang lain yang muncul dengan slogan ini hanya untuk menolak perkembangan era hadis yang giat dimonopoli oleh Syeikh Albani ra serta duplicate kepada seruan Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah dan golongan sufi tetapi sangkaan saya meleset setelah banyak membaca tulisan-tulisan beliau.
Oleh alitantawi
Mungkin ada yang pernah mendengar nama Abd. Rahman Ibn Mahdi dan Yahya Ibn Main. Di kalangan yang pernah mendengar nama mereka pula ada yang benar-benar mengenali mereka berdua dan ada juga yang tidak sempat untuk mencari maklumat tentang kedua tokoh hadith ini.
Saya sendiri tidak serajin mana untuk menterjemahkan secara keseluruhan biodata kedua orang tokoh ini. Tapi rasanya cukuplah dengan beberapa maklumat berikut dapat memberi gambaran tentang sejauh mana ilmu dan ketokohan kedua orang alim hadith ini. Sama-sama kita renungkan.
Oleh: Al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (www.syeikh-takiri.blogspot.com / www.darulfuqaha.com / attakri@yahoo.com)
"Apabila hadis tersebut sahih maka ia adalah mazhabku (peganganku)". Ungkapan ini sangat masyhur dinukilkan daripada tokoh-tokoh Fuqaha antara mereka Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali.
Ungkapan ini pula selalu dijadikan hujah oleh beberapa pengkaji fiqh terkemudian untuk mengenepikan pandangan-pandangan fiqh tokoh-tokoh Fuqaha ini apabila ternyata bagi mereka pendapat tokoh-tokoh ini kononnya bercanggah dengan hadis yang sahih. Bagi mereka apabila didapati sesebuah hadis itu sahih dan makna hadis pula jelas bercanggah dengan fatwa tokoh-tokoh ini, maka pandangan tokoh-tokoh ini perlu diketepikan dan perlu diamalkan hokum yang difahami daripa hadis yang sahih tersebut.
SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH DAN BUKUNYA SAHIH IBN KHUZAIMAH
Artikel ini bukanlah sebuah artikel yang akan memperincikan tentang biodata Ibn Khuzaimah dan juga bukunya Sahih Ibn Khuzaimah. Ini kerana AAN sedang dalam proses pengumpulan artikel-artikel ringkas biodata beberapa muhaddith lain berserta metodologi buku-buku mereka.
BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH NASIHAT UNTUK PENDOKONG SUNNAH
Ini sekadar nasihat, terpulang kepada anda untuk menerima atau menolaknya. Ia ditujukan kepada pendokong sunnah yang masih belum menghayati perbezaan ilmu antara muhaddith salaf dan muhaddith selepas mereka. Mungkin ia terlihat tidak tersusun kerana dikarang secara spontan. Namun ia masih berada di bawah tajuk manhaj ahli hadith salaf lebih hebat dan lebih tepat. Selamat membaca.
Oleh: alitantawi
TARIKH KEWAFATAN SERTA BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM
Berikut adalah senarai tahun kewafatan Rasulullah SAW dan sebahagian para sahabat yang terkenal. Begitu juga diselitkan tarikh beberapa peristiwa penting sepanjang zaman Rasulullah SAW sehingga penghujung pemerintahan khalifah-khalifah rasyidin. Ia adalah sebahagian daripada tulisan yang dikumpulkan oleh ahli-ahli Multaqa Ahl Hadeeth yang saya pilih daripada edisi lengkap. Edisi lengkap sejarah Islam tersebut yang memuatkan tarikh kewafatan dan peristiwa-peristiwa penting sehingga tahun 1424 H(dalam Bahasa Arab) akan disediakan dalam ruangan muat turun al-ahkam.net tidak lama lagi, insya Allah.
semoga tarikh-tarikh berikut akan kita simpan untuk diingati selalu.
PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN
Oleh: Abu Ismail [E-mail: acid_fast_stain@yahoo.com]
MATAN HADIS:
TERJEMAHAN HADIS:
"Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa".
TAKHRIJ HADIS:
Hadis ini semuanya diriwayatkan dengan jalan yang sama iaitu, oleh al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia dikeluarkan oleh antaranya Ahmad dlm Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dlm Jaminya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]
* Ini adalah sambungan kepada siri penulisan Manhaj Kajian Hadith Ulama Terdahulu @ al-Mutaqaddimun. Perkara yang akan dihuraikan ialah berkaitan ciri keempat iaitu tentang kehebatan kajian ulama hadith al-Mutaqaddimun. Artikel kali ini adalah pendahuluan kepada huraian ciri keempat tersebut. Fokus artikel ini ialah - sorotan sepintas lalu tentang sejarah perkembangan kajian hadith. Ia perlu diketahui dan difahami bersama. Insya Allah, artikel seterusnya akan menghuraikan ciri keempat dengan lebih panjang. Selamat membaca.
MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH
[oleh: Muhammad Anwaruddin Abdul Wahab]
Perlu diketahui bahawa Syubah, Ibnu Mahdi, Yahya alQattan, Malik bin Anas, Ali bin alMadini, Ahmad bin Hanbal, Abu Zurah, Abu Hatim, adDarimi, alBukhari, Muslim, atTirmizi, Abu Dawud, anNasa-ie, Ibnu Majah dan lain-lain pakar hadith kurun ke-2 dan ke-3 Hijrah, menghafaz beratus ribu hadith. Maka, mereka inilah yang mengetahui kecacatan-kecacatan atau penyakit-penyakit hadith dan dijadikan rujukan. Ini kerana kitab-kitab mereka tidak menghimpunkan segala hadith yang dihafaz oleh mereka yang berjumlah ratusan ribu hadith.
Kitab Mustadrak al-Hakim dan Talkhis-nya Imam az-Zahabi
Kita sering mendengar ungkapan "disahihkan oleh al-Hakim dalam Mustadrak,dan dipersetujui az-Zahabi" dalam takhrij-takhrij hadis, benarkah demikian? Adakah benar az-Zahabi menyemak kitab al-Mustadrak, atau hanya meringkasknnya sahaja?? Dibawah ini adalah berkenaan maksud talkhis Imam az-Zahabi kepada kitab al-Mustadrak susunan al-Hakim.
Jawapan yg dikemukankan dibawah diambil dari laman web Islamtoday.net yang dikelola oleh Syaikh Dr. Salman Fahd Aoudah, ia adalah jawapan daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni, yang merupakan muhaddith terkenal, bertugas sebagai pensyarah di universiti yang terkemuka, Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.
Oleh alitantawi
PERINGATAN: Artikel ini adalah bersiri dan pembaca dinasihatkan membaca keseluruhan artikel untuk mendapat gambaran yang tepat.
Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat meneruskan penulisan dalam siri penerangan manhaj al-Mutaqaddimun dalam menilai kesahihan hadith atau kedhaifannya. Saya memohon maaf kepada sebahagian pembaca al-ahkam.net yang mungkin tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu penulisan ini disambung. Saya juga memohon maaf sekiranya apa yang ditulis terlalu panjang untuk para pembaca. Saya telah cuba menulis sebuah artikel yang ringkas tetapi setelah berfikir beberapa kali, saya merasakan bahawa terdapat maklumat tertentu yang perlu disebutkan untuk memberikan penjelasan yang lebih tepat.
Post by syahrezan
Didalam waktu zohor ada sebahagian tempat yang memanfaatkan masa untuk mengisi kuliah-kuliah. Tidak terlepas tempat kerjaku.
Siapa yang solat sunat tahiyatul masjid tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, apabila kuliah sedang dijalankan, manakala waktu zohor sudah masuk, ada kekurangan yang berlaku iaitu tidak ada orang yang akan tunaikan solat sunat zuhur walaupun ada hadith sahih yang menerangkan bahawa kadangkala nabi solat sunat 4 rakaat sebelum zuhur, adakalanya 2 rakaat.
Setelah menulis artikel permulaan tentang ciri-ciri manhaj al-Mutaqaddimun dalam kajian hadith, saya cuba sekadar mampu untuk meneruskan lagi siri penerangan tentang manhaj tersebut dengan menyentuh perkara pertama yang perlu difahami bersama. Perkara itu ialah hakikat wujudnya perbezaan di antara manhaj al-Mutaqaddimun dan ulama selepas mereka atau al-Mutaakhirun.
Di celah-celah kehangatan ahli-ahli al-ahkam.net membicarakan isu-isu berkaitan politik, isu semasa dan bidang ilmu Islam yang pelbagai, terdapat sebilangan mereka yang telah berminat membicarakan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang moderator al-ahkam.net. Isu tersebut ialah manhaj kajian hadith ulama terdahulu atau al-mutaqaddimun vs manhaj kajian lama terkemudian atau al-mutaakhirun.
Assalamualaikum
Ustadz, saya ada pertanyaan: sebenarnya bagaimana hukumnya isbal/ memanjangkan kain sampai melebihi mata kaki untuk laki-laki? Ada yang mengatakan masih terdapat perbedaan pendapat dan mengatakan bolehnya isbal karena dalam menghukumi suatu perbuatan juga harus melihat kondisi sosioantropologi zaman nabi dulu. Mohon penjelasan selengkapnya.
Terima kasih atas perhatian dan bantuannya
Ipung
Ipung Notoatmojo
ipunxx at eramuslim.com
Oleh: Abu Abdillah Ibnu Luqman
Isbal ertinya melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki, dan hal ini terlarang secara tegas baik karena sombong maupun tidak. Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebagian dari kalangan yang dianggap berilmu, menolak larangan isbal dengan alasan yang rapuh seperti mendakwa andainya tidak sombong maka dibolehkan?! Untuk lebih lanjut, berikut dipaparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Mustaan.
Posted by : al-salafi
Shaykh Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat . Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang ,akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makhruh untuk menghalakan kaki kearah Kabaah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan . Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki kearah kiblah jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya Insyallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144 ) Shaykh Ibn Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur . Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala kearah kiblat". (Fataawa al-Shaykh Ibn Uthaymeen, 2/976) Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Petikan Harakah 16-31 Mei 2007. Antaranya TG Hj Hadi mengupas tentang ilmu kebatinan. Juga ada menyebutkan tentang Nur Muhamad adalah bersumberkan hadith Maudhu/Palsu.
Klik gambar untuk besarkan: